Nintendo Entertainment System
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nintendo Entertainment System (sering disingkatkan sebagai NES[8] atau cuma Nintendo) merupakan sebuah konsol permainan video 8-bit yang dikeluarkan oleh Nintendo di Amerika Utara, Brazil, Eropah dan Australia pada 1985. Di sebahagian besar Asia, termasuk Jepun (di mana ia dilancarkan pada 1983), Filipina, Taiwan, Vietnam dan Singapura, ia dipasarkan sebagai Family Computer (ファミリーコンピュータ, Famirī Konpyūta), juga dikenali sebagai Famicom (ファミコン, Famikon) listen (bantuan·maklumat) atau cuma FC. Di Korea Selatan, perkakasan ini dilesenkan kepada Hyundai Electronics, yang memasarkannya sebagai Comboy (컴보이).[9]
Remove ads
NES merupakan konsol permainan paling laris pada zamannya di Asia dan Amerika Utara[10] (Nintendo mendakwa telah menjual sebanyak 61.9 juta unit NES di seluruh dunia),[2][3] dan merupakan konsol permainan video Nintendo paling laris sehingga kini. NES juga membantu mencergaskan semula industri permainan video AS selepas kejatuhan permainan video di sana pada 1983.[11]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads