Sukan Olimpik Musim Panas 2004

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sukan Olimpik Musim Panas 2004
Remove ads

Sukan Olimpik 2004 (bahasa Inggeris: 2004 Summer Olympics, Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 2004, Therinoí Olympiakoí Agónes 2004) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXVIII (bahasa Inggeris: Games of the XXVIII Olympiad), dan turut dikenali sebagai Athens 2004, merupakan acara pelbagai sukan yang diadakan di Athens, Yunani dari 13 Ogos hingga 29 Ogos 2004. Sebanyak 10,625 orang atlet yang menyertai[1] (lebih 600 daripada yang dijangkakan oleh penganjur) serta diiringi oleh 5,501 pegawai pasukan dari 201 buah negara.[1] Temasya ini menandakan kali pertama semua negara yang mempunyai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan menyertai Sukan Olimpik sejak Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Temasya ini juga menyaksikan Sukan Olimpik kembali ke tempat asalnya. Athens turut merupakan bandar yang keempat untuk menganjur dua edisi Sukan Olimpik selepas Paris, London dan Los Angeles. Terdapat 301 acara dalam 28 acara sukan yang berbeza telah dipertandingkan.[1]

Fakta Segera Hos Bandar, Negara ...
Remove ads

Pembidaan

Athens diumumkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2004 pada 5 September 1997 semasa Sesi IOC ke-106 yang dianjurkan di Lausanne.[2] Athens pernah membida untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1996 tetapi gagal.[3] Ekoran daripada itu, mereka telah mempelajari daripada kesilapan mereka semasa 1996 dan mengambil tindakan untuk menambah baik kritikan dan masalah yang telah diajukan.[4]

Maklumat lanjut Bandar, Negara ...
Remove ads

Maskot

Thumb
Maskot berdasarkan model tanah liat ini di Muzium Arkeologi Nasional.

Sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk 1968 di Grenoble, Perancis, setiap Sukan Olimpik mempunyai maskot yang tersendiri. Bagi edisi 2004, maskot rasmi merupakan Athiná dan Phévos, yang merupakan kakak dan abang. Nama mereka berasal daripada Athena (dewi kebijaksanaan, perancangan dan perang) dan Phoebus, (dewa cahaya dan muzik). Mereka berilham oleh daidala kuno, sejenis patung yang digunakan untuk tujuan keagamaan.[5]

Remove ads

Liputan dalam talian

Untuk kali pertama, penyiar utama dibenarkan untuk serve liputan video Olimpik melalui Internet, asalkan mereka mengehadkan perkhidmatan geografi, untuk melindungi kontrak-kontrak penyiaran di kawasan lain. Misalnya, BBC membuat liputan secara langsung yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan Internet laju UK dengan percuma; para pelanggan Amerika Syarikat hanya berupaya menerima siaran tertangguh.[6]

IOC melarangkan atlet, jurulatih, kakitangan dan pegawai lain daripada mewujudkan weblogs dan/atau laman web yang lain untuk meliputi temasya tersebut daripada perspektif mereka. Mereka dilarang memuat naik audio, video atau gambar yang telah diambil. Pengecualian diberi kepada atlet yang telah mempunyai laman web peribadi mereka yang bukan diwujudkan khas untuk temasya tersebut.[7]

NBC melancarkan laman web Olimpik tersendiri, NBCOlympics.com. Tertumpu dalam liputan televisyen temasya tersebut, platform tersebut juga mempunyai video, pungutan pingat dan keputusan secara langsung berkaitan temasya tersebut. Namun tujuan utamanya adalah untuk memaparkan jadual waktu bagi acara-acara yang disiarkan di NBC Universal. Penyiaran televisyen adalah sepanjang 24 jam setiap hari di beberapa saluran.

Temasya

Acara Sukan

Maklumat lanjut Acara Sukan Olimpik Musim Panas 2004 ...

Penyertaan

Maklumat lanjut Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai ...

Pungutan pingat

Berikut merupakan sepuluh negara teratas yang memenangi pingat di Sukan Olimpik ini:[8]

Maklumat lanjut Ked., Negara ...
Remove ads

Legasi

Beberapa prasarana telah dibina oleh kerajaan Yunani untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2004, antaranya termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos (lapangan terbang moden yang menjadi gerbang masuk baharu ke Yunani)[9], pemanjangan sistem metro Athens[10], sistem tram yang baharu[11], laluan kereta api yang baharu yang menghubungkan kawasan suburban dan lapangan terbang dengan bandaraya Athens, lebuh raya yang baharu[12] dan pengubahsuaian jalan raya ke laluan pejalan kaki di sekitar lokasi bersejarah.[13][14]

Namun, terdapat juga beberapa impak yang negatif bagi kerajaan Yunani dan bandar Athens. Beberapa tempat pertandingan yang pernah menganjurkan acara sukan semasa Sukan Olimpik telah dibiarkan.[15] Penganjuran Sukan Olimpik 2004 juga dikaitkan dengan krisis hutang yang berlaku di Yunani dari tahun 2010 hingga 2018.[16]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads