Ollanta Humala
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ollanta Moises Humala Tasso (lahir 26 Jun, 1962) adalah ahli politik Peru dan Presiden Peru . Sebelum ini Humala berkhidmat sebagai pegawai tentera Peru , kalah dalam Pilihan raya Presiden 2006 tetapi menang dalam Pilihan raya Presiden 2011. Seterusnya beliau dipilih sebagai Presiden Peru pada pusingan kedua, menewaskan Keiko Fujimori .
Anak kepada Isaac Humala , seorang peguam buruh, Humala memasuki Tentera Peru pada tahun 1982. Dalam tentera, pangkat terakhirnya ialah Leftenan Kolonel (1992). Beliau pernah berjuang menentang pemberontak Shining Path dan dalam Perang Cenepa terhadap Ecuador. Pada Oktober 2000, Humala mengetuai pemberontakan 30 pegawai tentera selatan Tacna terhadap Presiden Alberto Fujimori ; tetapi kemudian diampunkan oleh Kongres Peru , selepas kejatuhan rejim Fujimori .
Pada tahun 2005, beliau mengasaskan Parti Kebangsaan Peru dan bertanding dalam Pilihan raya Presiden 2006 . Pada 2006, Humala kalah dengan 47,47% Alan García yang mendapat 52,62% undi.
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
