Ong Ka Chuan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tan Sri Dato' Seri Ong Ka Chuan (lahir 29 Mei 1954) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau adalah seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Tanjung Malim, Perak semenjak 2008.[1]
Ong adalah setiausaha agung sebanyak dua kali bagi Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Bagi kali pertama beliau dilantik oleh mantan presiden MCA, Ong Ka Ting yang juga merupakan abang kandungnya pada 30 Ogos 2005[2][3] dan bagi kali kedua pula oleh presiden sekarang Liow Tiong Lai pada 2 Januari 2014.[4][5][6]
Ong pada masa sekarang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Malaysia.[7][8] Beliau juga adalah mantan menteri bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Remove ads
Kehidupan awal dan peribadi
Ong telah dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau adalah graduan lulusan Universiti Malaya dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah sebelum menyertai politik. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.[9]
Kerjaya politik
Ong adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Chenderiang, Perak dari 1986 hingga 2004,[9] sebelum bertanding kerusi persekutuan Parlimen Batu Gajah di dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004. Beliau kalah kepada Fong Poh Kuan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), meskipun komponen Barisan Nasional (BN) mendapat keputusan yang memuaskan di seluruh negara.[10] Walau bagaimanapun, beliau tetap dilantik sebagai setiausaha agung MCA pada tahun seterusnya dan berkhidmat pada masa yang sama dengan presiden Ong Ka Ting yang juga adik kandungnya.[2]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Ong bertanding dan menang pula kerusi parlimen Tanjung Malim. Beliau dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. He was appointed Minister of Housing and Local Government.[9] Kemudiannya pada tahun yang sama, Ong bertanding Timbalan Presiden MCA tetapi kalah kepada Chua Soi Lek, dan telah serta-merta diganti jawatannya sebagai setiausaha agung oleh presiden baru Ong Tee Keat.[11][12]
Namun pada rombakan Kabinet Malaysia 2015, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia II, jawatan baharu bagi membantu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia I, Dato' Sri Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari senarai Kabinet Malaysia 2015 lalu.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Lihat juga
Pautan luar
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads