Partai Nasional Indonesia

bekas parti politik di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Partai Nasional Indonesia
Remove ads

Parti Nasional Indonesia (Bahasa Indonesia: Partai Nasional Indonesia, PNI) ialah parti politik yang tertua di Indonesia. Parti ini diasaskan pada 4 Julai 1927 di Bandung oleh pelajar-pelajar Indonesia yang terlibat dalam Kelab Pembelajaran Algemeene dan diketuai oleh Sukarno yang kemudian menjadi presiden Indonesia yang pertama.

Fakta Segera Parti Nasional IndonesiaPartai Nasional Indonesia, Pengasas ...

Oleh sebab PNI membahayakan Belanda, maka tokoh-tokohnya ditangkap dan dipenjarakan di Sukamiskin, Bandung. Di dalam penjara, Sukarno menulis pidato "Indonesia Menggugat".

Selepas Sartono menggantikan Sukarno sebagai ketua PNI, beliau membubarkan parti ini dan membentuk Parti Indonesia (Partindo). Mohammad Hatta yang tidak bersetuju dengan pembentukan Partindo kemudian membentuk PNI Baru. Walaupun demikian, Sukarno menyertai Partindo, tetapi ditangkap dan dibuang ke Ende, Flores, manakala Hatta dan Syahrir dibuang ke Bandaneira.

Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads