Paladium
Unsur kimia logam dengan nombor atom 46 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Paladium merupakan suatu unsur kimia dalam jadual berkala yang memiliki simbol Pd dan nombor atom 46. Ia merupakan sejenis logam jarang dijumpai dengan warna putih keperakan yang ditemui pada 1803 oleh William Hyde Wollaston, yang menamakannya bersempena asteroid Pallas.[1]
Remove ads
Sejarah
Paladium ditemui oleh pakar kimia Inggeris, William Hyde Wollaston pada tahun 1803. Beliau kemudiannya melaporkan penemuannya dalam sebuah penerbitan pada 1805.[2]
Sifat
Paladium ialah sebuah logam berwarna putih keperakan seperti platinum. Seperti platinum, paladium juga tahan daripada pengoksidaan dan memiliki sifat mangkin yang baik. Paladium juga stabil secara kimia dan baik dalam mengalirkan elektrik.[3]
Isotop
Paladium memiliki tujuh isotop alami, di mana enam daripadanya adalah stabil dan 107Pd merupakan isotop alami yang memiliki separuh hayat selama 6.5 juta tahun. Unsur ini juga memiliki 23 radioisotop dengan julat jisim atom daripada 91 ke 129,[4][5] di mana kebanyakannya mempunyai separuh hayat kurang dari 30 minit.
Remove ads
Sebatian
Tahap-tahap pengoksidaan paladium yang paling umum ialah +2. Sebatian-sebatian paladium dengan tahap pengoksidaan 0 juga agak mudah dijumpai dan sebatian paladium(IV) pula lebih jarang ditemui berbanding dengan kedua-dua jenis sebatian di atas. Beberapa sebatian paladium(III) turut ditemui.[6]
Kewujudan
Kira-kira 210 tan paladium telah dilombong pada 2018, di mana Rusia mendahului sektor perlombongan paladium dengan jumlah hasil sebanyak 85 tan, diikuti dengan Afrika Selatan, Kanada, Amerika Syarikat dan Zimbabwe.[7] Syarikat Norilsk Nickel dari Rusia merupakan syarikat pengeluar logam paladium terbesar, dengan merangkumi 41% jumlah pengeluaran paladium.[8]
Kegunaan
Paladium paling banyak digunakan dalam penukar bermangkin sebagai mangkin.[9]
Logam paladium digunakan sebagai komponen bagi pemuat seramik pelbagai lapisan (MLCC) dan litar bersepadu hibrid dalam peralatan elektronik umum disebabkan oleh sifat kekonduksian elektrik dan tahan lama paladium.[10][11] Papan induk komputer boleh mempunyai 80 g per tan paladium dan telefon bimbit pula memiliki 130 g per tan logam tersebut.[12]
Paladium juga digunakan dalam kuantiti kecil dalam beberapa jenis amalgam pergigian untuk mengurangkan kesan hakisan.[13] Inlai pergigian juga ditambah dengan paladium.
Dalam aspek barangan kemas, paladium kadangkala ditambahkan kepada emas untuk menghasilkan aloi "emas putih".
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
