Pegon

huruf Arab-Jawa yang diguna pakai untuk menulis bahasa Jawa, bahasa Madura dan bahasa Sunda From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Abjad Pegon (Pegon: ابجد ڤيڮون) ialah abjad menggunakan huruf Arab atau lebih tepat tulisan Jawi yang diubah suai untuk menuliskan perkataan bahasa Jawa dan bahasa Sunda. Perkataan Pegon dipercayai berasal daripada kata bahasa Jawa pégo (ڤيڮو, Hanacaraka: ꦥꦺꦒꦺꦴ) yang bererti "menyimpang" yakni sifat menyimpang atau tidak lazim tulisan bahasa Jawa dalam huruf Arab di mata orang Jawa.[3]

Fakta Segera Abjad Pegon ابجد ڤيڮون, Jenis tulisan ...

Berlainan dengan huruf Jawi yang ditulis gundul (tiada baris), pegon hampir selalu diletakkan tanda vokal. Jika ia tidak ditulis dengan tanda vokal, ia digelar Gundhul dan bukannya Pegon. Bahasa Jawa mempunyai tulisan vokal (aksara swara) yang lebih banyak daripada bahasa Melayu sehingga vokal perlu ditulis untuk menghindari kerancuan.

Remove ads

Jadual huruf

Di bawah ini ialah senarai huruf-huruf pegon.

Konsonan

Petak yang dikuningkan menunjukkan huruf yang tidak ada sebutan bunyi dalam turutan abjad Arab yang asal .

Abjad Pegon
حچجثتبا
ḥāʾcajīmṡaʾtāʾbāʾʾalif
سزرڎذدخ
sīnzāirāʾdhażāldālkhāʾ
عظڟطضصش
ʿainẓāʾthaṭāʾḍādṣādsyīn
ڮكقڤفڠغ
gafkāfqāfpafāʾngaġain
يھوۑنمل
yāʾhāʾwāunyanūnmīmlām

Harakat

Dalam penulisan Pegon, tanda baris diletakkan atas huruf tertentu bagi memberikan bunyi vokal yang dibaca sepertimana aksara swara:

  • harakat fatḥah digunakan untuk membezakan fonem i dan e taling, serta u dan o
  • penanda konsonan mati dilambangkan dengan huruf tanpa harakat
  • vokal e pepet (ê dalam bahasa Indonesia, ĕ dalam bahasa Malaysia) dilambangkan dengan simbol mad ( ٓ )
  • vokal e taling (è dalam bahasa Indonesia, é dalam bahasa Malaysia) dilambangkan dengan simbol alif khanjariah ( ٰ )
كاكيكوكَيكَوكٓكٰيأك
ka/kåkikukoak
  • huruf vokal diawal dilambangkan dengan huruf alif hamzah ( أ )
أإأوإياوآأي
A/ÅIUÉOÊÈ
  • huruf konsonan rangkap
كراكريكروكرَيكرَوكرٓكرٰي
kra/kråkrikrukrékrokrêkrè
  • huruf vokal rangkap
كايكاوكاَيكاَوكآكاٰيكَيِكَوِ
kaikaukaékaokaêkaèkéikoi

Huruf Pegon di Jawa digunakan kebanyakannya oleh kalangan orang Islam yang terutamanya dalam pengajaran di pesantren. Biasanya tulisan ini hanya digunakan untuk menulis ulasan pada Al-Quran. Akan tetapi banyak juga naskhah-naskhah manuskrip cerita yang secara keseluruhan ditulis dalam Pegon, contohnya naskhah-naskhah Serat Yusup.

Remove ads

Contoh penulisan

Maklumat lanjut Jawa Pegon, Jawa Hanacaraka ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads