Peluh

air rembesan kelenjar peluh From Wikipedia, the free encyclopedia

Peluh
Remove ads

Peluh, keringat atau perspirasi (Ubt.[1]) adalah cecair yang terhasil daripada rembesan kelenjar peluh pada kulit mamalia.[2] Terdapat dua jenis kelenjar peluh ini yang terdapat pada manusia iaitu kelenjar ekrin dan apokrin,[3] di mana jenis kelenjar yang pertama ini dijumpai di hampir seluruh bahagian badan manusia.

Fakta Segera MedlinePlus, MeSH ...

Tujuan utama badan manusia berpeluh adalah untuk mengawal suhu melalui perembesan keluar air daripada kelenjar ekrin. Seorang dewasa boleh menghasilkan peluh sebanyak 2–4 liter sejam atau 10–14 liter sejam (10–15 g/min·m²), kanak-kanak sebelum mencapai akil baligh pula jauh kurang penghasilan peluhnya.[4][5][6] Penyejatan peluh daripada permukaan kulit memberi kesan penyejukan disebabkan penyejukan sejat. Oleh itu, lebih banyak peluh akan dihasilkan dalam persekitaran yang bersuhu panas atau otot-otot seseorang menghasilkan haba akibat penggunaan tenaga. Haiwan yang mempunyai kelenjar peluh yang sedikit, misalnya anjing, berfungsi dengan cara yang sama dengan mencungap di mana air yang terkandung dalam rongga mulut dan farinksnya yang lembap akan tersejat.

Remove ads

Komposisi

Peluh terdiri banyak daripada air. Kandungan berjumlah surih zat galian, asid laktik and urea didapti dalam larutan peluh ini dalam ketumpatan yang berbeda-beda iaitu natrium (0.9 gram/liter), kalium (0.2 g/l), kalsium (0.015 g/l) dan magnesium (0.0013 g/l).[7]

Kelebihan

  • Membuang racun daripada dalam tubuh.[8]
  • Membantu menyejukkan tubuh saat kepanasan.
  • Membakar kalori.[8]
  • Mengurangkan stres.[8]
  • Melancarkan peredaran darah.[8]
  • Mencantikkan kulit.[8]

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads