MBDA MICA

From Wikipedia, the free encyclopedia

MBDA MICA
Remove ads

MBDA MICA (Missile d’interception et de combat aérien, “Peluru berpandu pertempuran udara dan pemintas”) adalah sistem peluru berpandu anti-udara pelbagai sasaran, dalam semua keadaan cuaca dan tembak-dan-lupa. Ia digunakan oleh platfom pelancaran udara sebagai peluru berpandu persendirian dan juga oleh unit-unit di darat dan di atas kapal, yang mana boleh dilengkapi dengan Sistem Pelancaran Menegak MICA untuk tembakan pantas. Ia juga dipasangkan dengan sistem kawalan tujahan vektor (TVC).

Fakta Segera MICA, Penerangan ...

Peluru berpandu ini dibangunkan sejak tahun 1982 oleh Matra. Ujian pertama dilakukan pada tahun 1991, dan ditauliahkan pada tahun 1996 pada pesawat Rafale dan Mirage 2000. Peluru berpandu ini menggantikan peluru berpandu Super 530 (pemintas) dan Magic II (pertempuran udara). Peluru berpandu ini boleh dilancarkan setiap selang masa 2 saat.

Remove ads

Kelainan

MICA boleh dilengkapi dengan 2 jenis penjejak iaitu, panduan tuju radar aktif (MICA RF, dikenali juga sebagai MICA AR) atau panduan tuju inframerah (MICA IR). Kedua-dua jenis penjejak ini boleh menapis sistem penyerakkan musuh. Ia juga boleh mengunci sasaran sebelum atau selepas peluru berpandu ini dilancarkan.

Peluru berpandu juga MICA boleh digunakan sebagai peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak dekat, yang mana pada masa sekarang ia boleh dilancarkan diatas trak. Sistem ini dikenali sebagai VL MICA SHORAD.

Remove ads

Pengendali

Lebih daripada 3,000 unit peluru berpandu ini telah dijual kepada 5 negara. Daripada jumlah ini, lebih 1,000 unit adalah peluru berpandu MICA RF (Frekuensi Radio) yang mana sedang digunakan oleh pesawat Mirage 2000-5 Taiwan, Qatar dan Tentera Udara Perancis. Peluru berpandu MICA RF juga digunakan oleh Tentera Laut Perancis di atas kapal pengangkut pesawat Charles-de-Gaulle. MICA adalah peluru berpandu udara-ke-udara dan peluru berpandu pelbagai sasaran (jarak melangkaui ufuk-BVR) yang pertama akan digunakan oleh Tentera Laut Perancis, yang akan memberi sumbangan ketara kepada tentera laut untuk menguasai ruang udara. Peluru berpandu MICA IR sedang dikeluarkan pada tahap pengeluaran maksimum dan dijangka akan dihantar kepada pengendali pesawat Mirage 2000 MK2 dan Rafale.

Pengendali berpotensi pada masa depan:

  •  Maghribi: Maghribi sedang menaik taraf angkatan pesawat Mirage F1 untuk mengoperasikan peluru berpandu MICA.
  •  India: India memadankan peluru berpandu ini pada pesawat Mirage 2000C.
  •  Pakistan: Pakistan telah ditawarkan peluru berpandu ini untuk dilengkapkan di pesawat pejuang JF-17 bersama radar RC-400.
Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads