ASMP

From Wikipedia, the free encyclopedia

ASMP
Remove ads

ASMP atau nama penuhnya dalam (Bahasa Perancis : Air-Sol Moyenne Portée) adalah sebuah peluru berpandu udara ke permukaan nuklear jarak sederhana buatan Perancis. Sebahagian daripada Force de frappe, dalam dasar nuklear Perancis ialah tindakan terakhir "tembakan amaran" sebelum gerakkan besar-besaran senjata nuklear strategik. Pembinaan peluru berpandu ini diberikan kepada Bahagian Peluru Berpandu Taktikal Aérospatiale, yang mana sekarang sebahagian daripada MBDA.

Fakta Segera Penerangan, Jenis ...

ASMP memasuki perkhidmatan pada tahun 1986, menggantikan versi awal bom jatuh-bebas bom AN-22 pada pesawat Dassault Mirage IV dan bom AN-52 pada Dassault Super Étendard. Kira-kira 84 ASMP disimpan. Pesawat pembawa peluru berpandu ini ialah Dassault Mirage 2000N, Rafale, dan Super Étendard. Pesawat Mirage IVP bersara sepenuhnya dalam tahun 1996.

Panjang dan berat ASMP adalah 5.38 m dan 860 kg. Ia peluru berpandu jenis luncuran berkelajuan supersonik yang dipacu oleh bahan api cecair ramjet. Ia berupaya untuk meluncur pada Mach 2 hingga Mach 3, dengan jarak di antara 80 km hingga 300 km bergantung kepada profil penerbangan. Kepala peledak adalah satu unit TN 81 dengan 2 pilihan, 150 dan 300 kt bahan TNT.

Peluru berpandu ASMP yang lebih maju dan jauh, dikenali sebagai ASMP-A atau ASMP+, sekarang masih di bawah pembangunan, dan dijangka memasuki perkhidmatan pada tahun 2010.

Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads