Pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Pada 14 April 2022, usahawan perniagaan ulung Elon Musk ditawar membeli syarikat media sosial Amerika Syarikat Twitter, Inc., untuk $43 bilion, selepas sebelum ini memperoleh 9.1 peratus saham syarikat untuk $2.64 bilion, menjadi pemegang saham terbesarnya. Twitter kemudian menjemput Musk menyertai lembaga pengarahnya, yang Musk pada mulanya terima, dan kemudiannya menolak. Twitter kemudian mengumumkan strategi "pil racun" pada hari berikutnya. Pada 25 April, lembaga pengarah Twitter sebulat suara menerima tawaran beli habis Musk bernilai $44 bilion, dengan syarikat tersebut ditetapkan diswastakan. Setakat Mei 2022, pengambilalihan tersebut menunggu persetujuan daripada pengawal atur dan pemegang saham. Beli habis tersebut telah menerima pujian atas pembaharuan dan visi terancang Musk untuk syarikat tersebut, sambil juga menarik kritikan atas kebimbangan peningkatan maklumat palsu dan gangguan yang berpotensi di platform tersebut.

Fakta Segera Pemula, Sasaran ...
Remove ads

Latar belakang

Elon Musk menerbitkan tweet pertamanya di akaun Twitter peribadinya pada Jun 2010,[2] dan memiliki lebih dari 80 juta pengikut pada saat pemerolehan.[3] Pada tahun 2017, sebagai respon atas tweet yang menyarankan Musk membeli Twitter, beliau menjawab, "Berapa harganya?"[4] Pada 24 Mac 2022, Musk mula menulis tweet kenyataan kritikan terhadap Twitter,[5] melakukan undian kepada pengikutnya tentang adakah Twitter berpegang kepada prinsip bahawa "kebebasan bersuara sangat penting untuk demokrasi yang berfungsi".[6]

Remove ads

Bidaan pengambilalihan

Perkembangan awal

Musk mula membeli saham Twitter pada 31 Januari 2022.[5] Pada 4 April, Musk mengumumkan bahawa beliau telah memperoleh 9,1 peratus saham Twitter bernilai $2,64 bilion pada 14 Mac[7] menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat itu.[8] Setelah pengumuman tersebut, saham Twitter mengalami lonjakan intraday terbesar sejak penawaran awam awal (IPO) perusahaan pada tahun 2013, naik sebanyak 27 peratus.[9] Pada 5 April, Twitter menjemput Musk untuk menyertai lembaga pengarah syarikat,[10] yang diterima oleh Musk.[11] Kedudukan itu akan menghalang Musk melangkaui 14,9 peratus pemilikan saham.[12] Empat hari kemudian, sebelum p3lantikan Musk mula berlaku, Musk membalikkan keputusannya untuk bergabung dengan dewan setelah menerbitkan beberapa tweet yang kritikan terhadap syarikat.[13]

Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads