Perang Burma-Inggeris Pertama

From Wikipedia, the free encyclopedia

Perang Burma-Inggeris Pertama
Remove ads

Perang Burma-Inggeris Pertama berlaku dari 1823 hingga 1826. Ia merupakan perang pertama dari tiga perang yang terjadi antara Burma dan Empayar British semasa abad ke-19. Akibatnya, kekuatan dan kedaulatan Burma perlahan-lahan terhakis sehingga akhirnya ditakluk British.

Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...

Perang Burma-Inggeris Pertama disebabkan oleh Raja Badyidau yang ingin menakluki kawasan Arakan di Burma, yang terletak bersebelahan dengan India British. Raja Badyidau memaksa penduduk Arakan supaya bekerja di bawah beliau tetapi dijalankan secara percuma. Berikutan keengganan rakyat Arakan tersebut menyebabkan Raja Badyidau mengambil langkah drastik yang mana beliau menggunakan kekerasan untuk memaksa penduduk Arakan supaya bekerjasama dengan beliau. Akan tetapi, penduduk Arakan berdegil lalu melarikan diri ke sempadan India yang dikuasai oleh pihak Inggeris pada waktu itu. Dasar pihak Inggeris yang tidak mahu mencampuri urusan pihak luar memudahkan penduduk Arakan memasuki sempadan India. Kesan daripada peristawa tersebut mengakibatkan Burma mencurigai pihak Inggeris kerana tidak menangkap penduduk Arakan tersebut. Burma menuduh Inggeris melindungi penduduk Arakan daripada pihak Burma. Tuduhan yang dilemparkan oleh Burma itu tidak boleh diterima oleh Inggeris sehinggakan tercetusya Perang Burma-Inggeris Pertama.

Remove ads

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads