Piza
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Piza (Jawi: ڤيزا, Itali: pizza dari akar Jerman Hulu bizzo "gigitan"[1]) merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Piza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran piza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino's Pizza, dan lain-lain lagi.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Itali. (April 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Piza biasanya berasaskan doh disapu tomato, keju, dan sering pelbagai bahan-bahan lain (seperti ikan bilis, cendawan, bawang, zaitun, nanas, daging, dan lain-lain), yang kemudian dipanggang pada suhu tinggi, secara tradisional di dalam ketuhar dengan api kayu.[2]
Di Itali, piza yang disajikan dalam suasana formal, seperti di restoran, disajikan tanpa roti, dan dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.[3][4] Namun, dalam suasana santai, dipotong menjadi pisau untuk dimakan sambil dipegang di tangan.
Remove ads
Sejarah

Masyarakat Yunani Purba menabur minyak zaitun, herba dan keju atas roti.[5] Masyarakat Rom Purba pula mencipta kek plasenta, sekeping doh dihiasi dengan keju dan madu dan berperasa daun bay.[perlu rujukan]
Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti piza . Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku.
Penungkapan tertua pizza yang paling bertahan berasal dari suatu surat janji tanah terhimpun dalam Codex Diplomaticus Cajenatus pada 997 Masihi kepada penghuni sebidang tanah termasuk tapak kincir air sewaan keuskupan Gaeta yang mengehendakkan:[6]
...in dies natali domini sive vos sive vestris heredes in suprascripto episcopio tam nobis quam a nostris posteris successores duodecim pizze et una spatula de porco...
("...pada hari kelahiran Tuan kita, kepada kami para atau para pengganti kami, dua belas keping piza dan sepotong daging bahu babi...")
Remove ads
Jenis
Piza Napolita dan Margherita
Penciptaan piza yang sempurna berlaku pada Zaman Pembaharuan di Napoli, Itali. Para petani di sana membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Manakala di tengah-tengahnya pula ditabur hirisan keju mozzarella. Seterusnya tomato diperkenalkan. Campuran tomato menjadikan piza itu lebih lazat. Dengan itu, keju mozzarella dan tomato menjadi bahan utama dalam penyediaan piza .
Oleh itu, tidak hairanlah dikatakan kota Napoli merupakan ibu kota piza . Malah, piza Napolita adalah salah satu piza yang paling popular di dunia. Piza bukan termasyhur di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan golongan istana. Dengan itu, muncul piza Margherita yang diambil sempena nama Ratu Margherita dari Itali.
Piza telah dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Malah, piza sudah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia.
Piza sate

Piza sate adalah ciptaan Malaysia dan sekarang terkenal di Nusantara Melayu, terutamanya di Malaysia, dan juga di negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Piza jenis inilah telah membuat makanan Malaysia berbeza dari negara-negara lain di Asia (contohnya Thailand dengan sos cili manis dan Jepun dengan sushi).
Remove ads
Galeri
- Piza vegetarian
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
