Durian belanda
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Durian belanda (Jawi: دورين بلندا) atau sirsak (Jawi: سيرسق;[4] nama saintifik: Annona muricata L.) adalah spesies buah dalam keluarga Annonaceae genus Annona serumpun dengan buah nona.[5] Ia bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika merangkumi selatan Mexico melalui Caribbean sampai ke utara Amerika Selatan,[5] ia merupakan antara tumbuhan terawal disebarkan pelayar Barat dari dunia Baru bertapak di Asia Tenggara.
Remove ads
Penamaan
Buah ini dinamakan kerana rupanya yang berduri agak mirip durian tetapi bersifat asing atau "belanda".[6][7] Perkaitan sifat "belanda" ini dengan rupa mirip buah setempat tercermin pada bahasa-bahasa serumpun Nusantara termasuk:
- bahasa Jawa: nangka landa, nangka walanda (diserap menjadi nangka belanda[8])
- bahasa Palembang: nangko belando
- bahasa Lampung: jambu lando
- bahasa Minangkabau: durian betawi
- bahasa Nias: durio ulondro
Nama sirsak menyerap kata Belanda: zuurzak; ia mungkin kata gabung bermaksud "kantung masam" mahupun meminjam kata bahasa Papiamentu sorsaka atau kata bahasa Tamil síru-sákkei dua-dua bermaksud "kulur kecil".[9]
Remove ads
Botani
Pokok buah ini jenis malar hijau.[5][10] Ia boleh tumbuh mencapai setinggi 9.1 meter. [10][5][11][12] Batang-batangnya mempunyai bulu halus semasa muda.[12] Dedaunnya berbentuk bujur dengan panjang 8-16 sm dan 3-7 sm lebar berkulit licin di atas[12] dari tangkai panjang antara 4-13 mm.[12]
Bunga pokok muncul setentang daun atau dari ketiak daun pokok sendiri dua atau tiga kuntum setangkai berkayu antara 2-5 mm panjang;[12] kelopak-kelopaknya tebal berbentuk bujur meruncing di pangkal dan berwarna kekuningan.[12] Buah hasil senyawaan bunga-bunga tersebut membesar sehingga 30 sm panjang[12] dengan kulit tegap[13] berduri mirip durian sedikit tumpul. Isinya keputihan dan ranum[13] mengeluarkan wangian sendiri[12] serta memiliki banyak biji. Isi buah ini boleh mempunyai rasa manis dengan kandungan gula semulajadi setinggi 68% mahupun rasa masam.[8]
Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Remove ads
Kegunaan
Isi buah sering dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
- Isi Durian Belanda.
- Buah Durian Belanda.
- Pokok Durian Belanda berbunga.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads