Paun sterling
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sterling (kod ISO: GBP) ialah mata wang yang digunakan oleh negara United Kingdom dan beberapa wilayah yang bersekutu dengannya. Paun (tanda: £) merupakan unit utama bagi sterling,[3][b] dan perkataan paun juga digunakan untuk mata wang ini secara umumnya,[6] yang selalunya dikenali dalam konteks antarabangsa sebagai Paun British atau paun sterling.[3]
Sterling merupakan mata wang berterusan yang tertua di dunia sejak mula diperkenalkan.[7] Pada tahun 2022, sterling merupakan mata wang keempat paling banyak didagangkan dalam pasaran pertukaran asing di dunia selepas Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro (EUR) dan Yen Jepun (JPY).[8] Bersama-sama dengan tiga mata wang tersebut dan renminbi (CNY), mereka membentuk bakul mata wang yang menghitung nilai hak pengeluaran khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Setakat lewat tahun 2022, sterling juga merupakan mata wang rizab keempat paling banyak dipegang dalam rizab sejagat.[9]
Bank England ialah bank pusat bagi sterling, mengeluarkan mata wangnya yang tersendiri dan mengawal selia penerbitan wang kertas di bank-bank swasta di Scotland dan Ireland Utara. Wang kertas sterling juga dikeluarkan oleh pihak berkuasa lain di luar pengawalseliaan Bank England; pihak kerajaan lain itu akan menjamin kebolehtukarannya adalah setara. Secara sejarahnya, sterling juga digunakan dalam pelbagai peringkat di tanah jajahan dan wilayah dalam Empayar British.
Remove ads
Nama
Etimologi
Terdapat pelbagai teori berkenaan dengan asal-usul perkataan 'sterling'. Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED) menyatakan bahawa etimologi yang "paling mungkin" ialah sterling itu merupakan kata terbitan daripada perkataan bahasa Inggeris lama, steorra yang bererti 'bintang' dengan penambahan imbuhan akhiran diminutif -ling, menghasilkan 'bintang kecil'. Rujukannya adalah daripada syiling peni perak yang digunakan semasa zaman England Norman pada abad ke-12, yang menampilkan bintang kecil.[10]
Teori lain berpendapat bahawa Liga Hansa merupakan asalan pada takrifan, pembuatan dan nama sterling; nama bahasa Jerman untuk Laut Baltik ialah Ostsee ('Laut Timur') dan daripada ini para pedagang Baltik digelar sebagai Osterlings ('Easterlings').[11] Pada tahun 1260, Henry III menganugerahkan mereka piagam perlindungan dan tanah untuk kontor mereka, Halaman Keluli London, yang pada tahun 1340-an juga dipanggil sebagai Esterlingeshalle ('Dewan Osterlings').[12] Disebabkan wang Liga tidak kerap diturunkan nilainya seperti di England, para pedagang Inggeris ditetapkan untuk membuat pembayaran dalam paun "Easterlings", yang dipendekkan kepada 'sterling'.[13] OED menolak teori ini sebagai tidak mungkin, kerana suku kata pertama yang ditekankan tidak akan digugurkan.[10]
Ensiklopedia Britannica menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan Inggeris-Saxon (pra-Norman) mempunyai syiling-syiling perak yang dipanggil sebagai sterling dan bahawa kata nama majmuk paun sterling diperoleh daripada satu paun (berat) sterling-sterling ini.[14]
Simbol
Tanda mata wang untuk unit paun sterling ialah £, yang (bergantung pada muka taip) mungkin boleh digambarkan dengan satu atau dua garis;[15] Bank England secara eksklusifnya menggunakan jenis satu garis sejak tahun 1975.[16][17] Secara sejarahnya, huruf besar L (dalam muka taip huruf patah yang lama ) diletakkan sebelum angka, atau huruf condong l selepasnya, yang digunakan dalam akhbar, buku dan huruf.[18] Kilang Syiling Diraja masih menggunakan gaya tatatanda ini selewat-lewatnya tahun 1939.[19] Glif-glif Ł dan Ⱡ sesekali mungkin ditemui. Penggunaan huruf ⟨L⟩ untuk paun berasal daripada dokumen-dokumen Latin zaman pertengahan: "L" merupakan singkatan bagi libra, paun Rom (berat), yang kemudiannya menjadi unit berat Inggeris yang ditakrifkan sebagai paun menara. "Paun sterling" secara harfiahnya ialah paun menara (berat) bagi perak sterling.[20][21] Dalam sistem mata wang praperpuluhan (perduabelasan) British, istilah £sd (atau Lsd) untuk paun, shiling dan pence merujuk kepada libra, solidus, dan denarius Rom.
Panduan gaya yang terkenal mengesyorkan bahawa tanda paun digunakan tanpa sebarang singkatan atau kelayakan untuk menandakan sterling (contohnya, £10,000).[22][23][24] Kod ISO 4217 "GBP" (contohnya, GBP10,000) mungkin boleh dilihat sekiranya penyahtaksaan diperlukan.
Kod mata wang
Kod ISO 4217 untuk sterling ialah "GBP", dibentuk daripada kod ISO 3166-1 alfa-2 bagi United Kingdom ('GBP') dan huruf pertama 'paun'.[25] Dalam sumber-sumber bersejarah dan beberapa pakar perbankan menggunakan singkatan stg (dalam pelbagai gaya) untuk menandakan sterling.[26][27] Banyak saham di Bursa Saham London memetik dalam peni sterling, menggunakan kod tidak rasmi 'GBX'.[28]
Remove ads
Penggunaan
United Kingdom, kesemua wilayah tanggungan mahkota (Guernsey, Jersey, Pulau Man) dan sepertiga wilayah luar negeri British (Kepulauan Falkland dan Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan; Gibraltar; Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha;[29] Wilayah Antartik British)[30][31] menggunakan sterling atau yang disandarkan secara setara kepada sterling.
Wilayah-wilayah luar negeri British yang lain pula menggunakan mata wang termpatan yang dipancang kepada Dolar Amerika Syarikat atau New Zealand. Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia di pulau Cyprus menggunakan mata wang Euro.
Remove ads
Kadar pertukaran
Sterling dibeli dan dijual secara bebas di pasaran pertukaran asing di seluruh dunia, dan nilainya relatif dengan mata wang lain yang oleh turun naik.
Catatan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads