Kakaktua Palma
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kakaktua Palma (Probosciger aterrimus), juga dikenali sebagai Kakaktua Goliath, adalah sejenis burung parrot dari keluarga kakaktua besar yang berwarna kelabu asap atau hitam. Ia adalah satu-satunya ahli dari subfamili Microglossinae dan genus monotipik, Probosciger. Kedudukan uniknya di dalam keluarga kakaktua telah disahkan melalui kajian molekular.

Remove ads
Taksonomi
Kakaktua Palma asalnya diperincikan oleh seorang ahli alam sekitara Jerman, Gmelin pada tahun 1788. Nama spesifiknya aterrimus adalah sebuah kata adjektif superlatif Latin untuk ater "hitam", "sangat hitam" atau "kehitaman".[1]
Perincian

Saiz kakaktua Palma adalah 55–60 sm (22–24 in) panjang dan berat 910–1,200 g.[2] Ia mungkin merupakan populasi spesies kakaktua dan parrot terbesar di Australia, selain dari Kakaktua Hitam Ekor Kuning dan Kakaktua Jambul Sulfur. Kakaktua Palma mudah dikenali kerana mempunyai sepasang jambul besar dan paruh terbesar berbanding parrot lain (kedua selepas Makaw Hyacinth). Selain menggunakan paruh yang kuat ini untuk memecahkan kulit kacang dan biji yang keras, burung kakaktua Palma jantan juga menggunakan paruh ini untuk memecahkan kulit pokok (~1") dari pokok hidup untuk mempertontonkan bermain drumnya (Wood 1984). Kakaktua Palma juga mempunyai kulit pipi yang berwarna merah yang mana akan bertukar warna apabila ia terkejut atau teruja.
Remove ads
Taburan dan habitat
Kakaktua Palma boleh dijumpai di hutan hujan dan hutan di pulau New Guinea di Indonesia dan Papua New Guinea, dan utara Queensland, Australia. Ia masih ditemui di habitat liar di sepanjang jalan di Sorong, Papua Barat, Indonesia.[3]
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads