Tentera Udara Diraja Kanada

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tentera Udara Diraja Kanada
Remove ads

Tentera Udara Diraja Kanada (bahasa Inggeris: Royal Canadian Air Force, RCAF; Perancis: Aviation royale canadienne) merupakan tentera udara bagi Angkatan Tentera Kanada. Badan ini wujud secara berkesinambungan daripada warisan daripada Pasukan Udara Kanada, yang mana merupakan tentera udara negara Kanada sejak dari penubuhannya pada tahun 1924 sehingga 1 Februari 1968.

Fakta Segera Tentera Udara Diraja KanadaRoyal Canadian Air Force Aviation royale canadienne, Aktif ...

Sebelum tahun 1924, penglibatan Kanada dalam pertahanan udara merangkumi krew udara Kanada yang menganggotai Kor Penerbangan DiRaja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut DiRaja, bersama-sama Kor Penerbangan Kanada, dan 2 skuadron kecil Tentera Udara Kanada yang ditumpangkan ke Tentera Udara Diraja British di England semasa Perang Dunia Pertama. Pada 1920, satu lagi Tentera Udara Kanada ditubuhkan bagi menumpukan pada latihan penerbangan ketenteraan dan operasi awam. Tentera Udara Kanada ini kemudian dinamakan semula sebagai Tentera Udara Diraja Kanada berikutan perkenan diraja Raja George V pada tahun 1924.

Selepas 1968, Tentera Udara DiRaja Kanada telah bergabung dengan Tentera Darat Kanada dan Tentera Laut DiRaja Kanada untuk membentuk Angkatan Tentera Kanada, dan fungsi-fungsi tentera udara dibahagikan dan diletakkan di bawah beberapa perintah-perintah baru. Pada 2 September, 1975 perkhidmatan udara Kanada telah diletakan dibawah satu perintah iaitu Perintah Udara Angkatan Tentera Kanada.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads