Raúl Albiol
Spanish footballer From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Raúl Albiol Tortajada (Sebutan Sepanyol: [raˈul alˈβjol tortaˈxaða]; lahir 4 September 1985) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang kini bermain untuk S.S.C. Napoli dan pasukan kebangsaan Sepanyol. Beiau bermain di posisi pertahanan.
Remove ads
Kerjaya kelab
Valencia
Albiol mula berpindah ke Valencia CF sebelum meraikan ulang tahun hari lahirnya ke-10. Beliau membuat debut untuk Valencia pada 24 September 2003 dalam pusingan pertama Piala UEFA menentang AIK Fotboll ketika beliau berusia 18 tahun 20 hari.
Pada Ogos 2004, beliau dipinjam ke Getafe CF. Albiol kemudian terlibat dalam kemalangan kereta yang serius. Beliau kemudian pulih pada Januari 2005 dan membuat debut pada 15 Januari ketika seri 1-1 menentang Atlético Madrid.
Albiol kembali ke Valencia pada musim berikutnya. Pada perlawanan pembukaan musim 2006-07, beliau menajringka gol kemenangan menentang Real Betis, 2-1.[2] Beliau juga menjaringkan gol dari jarak jauh ketika menentang Olympiakos pada 12 September 2006 pada perlawanan Liga Juara-Juara, di mana Valencia menang 4-2.
Real Madrid
Pada 25 Jun 2009, Albiol berpindah ke Real Madrid dengan bayaran €15 juta.[3] Beliau menjadi pemain Sepanyol pertama yang ditandatangani oleh Florentino Pérez. Pada 2 Julai, beliau ke Santiago Bernabéu dan menerima jersi 18 yang dipakai oleh Rubén de la Red, seorang pemain yang tidak dapat beraksi pada 2009-10 akibat masalah jantung.[4] Albiol menjaringkan gol pertamanya untuk Real Madrid pada 8 Disember, ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Olympique de Marseille, Real menang 3-1.
Pada 2010-11, Albiol kebanyakannya duduk di bangku simpanan apabila Real Madrid membeli pemain baru yang bermain di posisi yang sama dengan Raul iaitu Ricardo Carvalho. Beliau juga bermain untuk menggantikan Pepe yang mengalami masalah lutut. Pada 26 Januari 2011, pada perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey menentang Sevilla, beliau berjaya menghalang tendangan Luís Fabiano sebelum bola itu sampai ke garisan gol.[5] Pada 16 April, beliau dibuang padang selepas mengasari David Villa di dalam kotak penalti ketika perlawanan El Clásico dan keputusan perlawanan seri 1-1.[6] Sejurus selepas perlawanan itu, beliau digantung pada perlawanan akhir Copa del Rey.
Pada 6 Ogos 2012, Albiol memperbaharui kontraknya bersama Real Madrid sehingga Jun 2017.[7] Pada 27 November, pada perlawanan pertamanya sebagai kapten pasukan menentang CD Alcoyano pada saingan Piala Sepanyol, beliau terpaksa dikeluarkan selepas seminit perlawanan apabila beliau mengalami kecederaan buku lali.
Napoli
Pada 21 Julai 2013, Albiol dijual ke Napoli dengan bayaran sebanyak €12 juta. Beliau kemudian menandatangani kontrak empat tahun. Beliau membuat debut untuk Napoli pada 25 Ogos, menang 3-0 ke atas Bologna FC 1909.
Albiol menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada 25 Januari 2014 pada minit ke-88 menentang Chievo, 1-1.[8] Pada 3 Mei, beliau bermain pada perlawanan akhir Coppa Italiana dan menjuarai kejohanan itu selepas membenam ACF Fiorentina, 3-1.[9]
Remove ads
Kerjaya antarabangsa
Albiol membuat debut untuk pasukan kebangsaan Sepanyol pada 13 Oktober 2007, pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Denmark, Sepanyol menang 3-1. Pada UEFA Euro 2008, beliau bermain dua perlawanan iaitu menentang Sweden dan Greece.
Jurulatih baru skuad kebangsaan, Vicente del Bosque memasukkan Albiol dalam skuad Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan. Beliau mula bermain untuk Sepanyol ketika membelasah New Zealand, 5-0.
Albiol juga termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2010 tetapi beliau tidak dapat bermain akibat cedera pada menjalani latihan.[10] Beliau juga termasuk dalam skuad Euro 2012 tetapi tidak dapat bermain pada sebarang perlawanan.
Albiol termasuk dalam senarai akhir skuad Piala Dunia 2014.[11] Beliau bermain untuk Sepanyol pada kejohanan dunia itu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Australia. Walaupun menang ke atas Australia 3-0, Sepanyol tetap tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas dua kali berturut-turut kepada Belanda dan Chile.
Remove ads
Statistik kerjaya
- Sehingga 18 Disember 2014
Penghargaan
Kelab
- Valencia
- Piala UEFA: 2003–04
- Copa del Rey: 2007–08
- Real Madrid
- La Liga: 2011–12
- Copa del Rey: 2010–11
- Supercopa de España: 2012
- Napoli
- Coppa Italia: 2013–14
- Supercoppa Italiana: 2014
Antarabangsa
Individu
- Anugerah Don Balón: 2006
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads