Rabat

ibu negara Maghribi From Wikipedia, the free encyclopedia

Rabat
Remove ads

Rabat (Arab: الرباط, rumi: ar-Rabāṭ) ialah ibu negara Maghribi. Bandar ini memiliki penduduk sebanyak 1.2 juta orang (anggaran 2005). Bandar ini juga merupakan ibu negara kawasan Rabat-Salé-Kénitra.

Fakta Segera Negara, Kawasan ...
Remove ads

Penamaan

Nama Rabat diambil daripada perkataan Arab, الرِّبَاط [ar-ribāṭ], sejenis kubu Islam iaitu ribat. Nama ini dipendekkan daripada frasa رِبَاط الفَتْح [ribāṭu l-fatħ], "ribat pembukaan" yang diperoleh bandar pada 1170 disebabkan oleh kepentingan ketenteraan.[3]

Iklim

Rabat mempunyai iklim Mediterranean (Csa) dengan musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang agak lembap. Dengan kedudukannya di sepanjang Lautan Atlantik, Rabat mempunyai iklim yang sederhana, dengan cuaca dingin pada musim sejuk dan bertukar menjadi panas ketika musim panas. Waktu malam adalah dingin secara sederhana, dengan suhu boleh turun mencecah 0 °C ketika musim sejuk. Pada waktu siang, suhu meningkat sebanyak 7- 8 °C.

Suhu tertinggi musim sejuk lazimnya mencapai hingga 17.2 °C pada Disember hingga Februari. Suhu tertinggi musim panas pula lazimnya pada takat 25 °C tetapi kadangkala boleh mencapai 30 °C, terutamanya ketika berlakunya gelombang haba. Suhu waktu malam pada musim panas biasanya dalam julat 11 °C ke 19 °C dan jarang melebihi 20 °C. Taburan hujan purata tahunan Rabat ialah 560 mm.

Remove ads

Pentadbiran

Rabat dibahagikan kepada enam buah daerah, yakni lima buah arrondissement dan sebuah perbandaran (Touraga) seperti di bawah:[2]

  • Agdal Riyad
  • El Youssoufia
  • Hassan
  • Souissi
  • Touarga
  • Yacoub El Mansour

Kebudayaan

Rabat menempatkan Teater Mohammed V di pusat bandar.

Muzium

Rabat mempunyai beberapa buah muzium termasuklah:

  • Muzium Kesenian Maghribi Udaya
  • Muzium Kesenian Moden dan Kotemporari Mohamed VI (Musée Mohamed VI d'Art Moderne et Contemporain)
  • Muzium Arkeologi Rabat
  • Muzium Antikuiti

Hubungan antarabangsa

Bandar kembar

Rabat mempunyai hubunga bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads