Raja Jaafar

Raja Muda Perak From Wikipedia, the free encyclopedia

Raja Jaafar
Remove ads

Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa (Jawi: راج جعفر ابن المرحوم راج مودا موسى) ialah Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Fakta Segera Pemerintahan, Kemahkotaan ...

Baginda merupakan seorang yang berjiwa rakyat. Baginda bersemayam di Istana Raja Muda yang terletak di Jalan Raja Muda Perak, Ipoh. Baginda merupakan Raja Muda Perak (Waris Pertama Kesultanan Perak).

Remove ads

Biodata

Raja Jaafar diputerakan pada 26 September 1941 di Hospital Taiping. Baginda mendapat pendidikan rendah di Anderson School Ipoh dan Anglo Chinese School Teluk Intan dan mendapat pendidikan menengah di Anderson School, Ipoh sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Kesenian pada tahun 1965. Baginda menyertai Kerajaan Negeri Perak di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah pada tahun 1966 dan bertugas dengan Pejabat Tanah dan Daerah sehingga 1971. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajiannya pada peringkat Master dalam Pentadbiran Awam di Universiti Cornell, Ithaca NY, pada tahun 1975. Baginda bersara pada tahun 1996 di atas tingkat Gred Utama 'C'.

Remove ads

Keluarga dan Kerabat

Baginda memperisterikan Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah (18 Oktober 1942 - 3 Oktober 2017) selaku Raja Puan Besar Perak dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Maklumat lanjut Nama, Tarikh lahir ...
Remove ads

Penganugerahan Kurniaan Darjah

  • Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.)
  • Johan Setia Mahkota

Gelaran dan dihormati

Fakta Segera Gaya bagi, Rujukan gaya ...
  • 26 September 1941 - 3 Februari 1984 : Yang Mulia Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 3 Februari 1984 - 19 April 1988 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 19 April 1988 - 10 Mac 1998 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 10 Mac 1998 - 20 Jun 2014 : Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
  • 20 Jun 2014 - Kini  : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa
Remove ads

Lihat juga

Raja-Raja Bergelar;-

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads