Raja Yong Sofia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Yong Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (dilahirkan pada (1961-06-24)24 Jun 1961) ialah anakanda kelima baginda dan puteri bongsu kepada Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34 bersama isterinya, Tuanku Bainun.[1]

Fakta Segera Keputeraan, Pasangan ...
Remove ads

Kehidupan Awal dan Pendididkan

Raja Yong Sofia dilahirkan di Pulau Pinang, merupakan puteri bongsu Sultan Azlan dan mempunyai lima orang adik beradik. Adik beradiknya termasuklah Raja Nazrin Shah (Sultan Perak ke-35), Raja Azureen, Raja Ashman Shah dan Raja Eleena.

Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran daripada Universiti Antarabangsa, London, England.[2]

Kerjaya dan Minat

Raja Yong Sofia kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Berhad.

Beliau juga sering dilihat menyertai acara-acara larian amal.[3]

Penaung

Yang Teramat Mulia telah dilantik menjadi pemegang amanah untuk Yayasan Sultan Azlan Shah (YSAS) bersama beberapa lagi individu termasuklah saudara kerabat naungan, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah yang dilantik sebagai pengerusi bersama YTM Raja Dato' Sri Azureen Sultan Azlan Shah, YTM Raja Dato' Sri Eleena Sultan Azlan Shah, Y. Bhg Tan Sri Dato' Sri Mohd Zahidi, Y. Bhg. Tan Sri Prof. Dato' Sri Visuvanathan Sinnadurai, Y. Bhg. Dato' Wan Mohamed Yaacob dan Y. Bhg Dato' Sri Ismail.[4]activity pebangunan dalam negeri pernigaan Almarhum dan orang kaya perak Sharikat Sharikat amal dlm usaha untuk rakyat jelata khususnya negeri Perak.

Kehidupan Peribadi

Raja Yong Sofia telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Dato' Seri Kamel bin Tunku Rijaludin yang juga merupakan cicit kepada Sultan Perak, Sultan Idris Shah I. Tunku Kamil juga merupakan dua pupu kepada Sultan Azlan Shah. Raja Yong Sofia dan Tunku Kamil telah melangsungkan perkahwinan mereka di Kuala Kangsar pada 5 Disember 1987. Mereka mempunyai tiga orang anak:-

  • Yang Mulia Tunku Aznal Shahabudin bin Tunku Dato' Seri Kamel Shahabudin
  • Yang Mulia Tunku Amira Shahabudin binti Tunku Dato' Seri Kamel Shahabudin
  • Yang Mulia Tunku Maisara Shahabudin binti Tunku Dato' Seri Kamel Shahabudin
Remove ads

Darjah kebesaran, terasul dan gelaran

Raja Yong Sofia telah dikurniakan:

  • Darjah Kerabat Azlanii Kelas Kedua (D.K.A. II)
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M., 19.4.1989) - Dato' Seri
Fakta Segera Gaya bagi, Rujukan gaya ...

Gelaran penuh YTM Raja Yong Sofia ialah:[5]

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Yong Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, D.K.A. (II), S.P.C.M.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads