Tukana besar

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tukana besar
Remove ads

Tukana besar (Portugis: tucano-grande atau tucanuçu dari bahasa Tupi: tukanu'su;[2] nama saintifik: Ramphastos toco) ialah spesies terbesar dan terkenal dalam keluarga burung tukana atau Ramphastidae. Bahkan, ia juga merupakan spesies terbesar dalam ordo Piciformes.[3]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Habitat burung ini merangkumi beberapa kawasan berhutan dalam benua Amerika Selatan iaitu timur dan selatan Brazil, utara dan timur Bolivia, timur dan tengah Paraguay sampai ke selatan Argentina.

Remove ads

Ciri

Panjang badannya dari antara 55 hingga 65 sentimeter hampir sepenuhnya berbulu warna hitam di kepak, dada badan dan kepala manakala lehernya berbulu putih; warna hitam putih ini boleh menyamarkan burung ini jika membentuk kawanan di balik tompok cahaya.[4] Panjang sayapnya berjarak hingga 22 hingga 26 sentimeter, ekornya berukuran 14.1 hingga 17.9 sentimeter manakala tarsus tengkoraknya berukuran 4.8 hingga 6.5 sm.[5]

Paruhnya besar berukuran dari 15.8 hingga 23 sentimeter berwarna kuning kejinggaan sampai kemerahan di bahagian bawahnya dengan hujung berwarna hitam.[5] Paruh ini diperbuat daripada keratin berangka tulang nipis; ia mempunyai sisi bergerigi membolehkan mencengkam buah atau mengelupas kulit buah.[4] Saiz besarnya membolehkan pelepasan haba yang menyejukkan badan burung.[6] Lidahnya hampir sepanjang paruh dengan permukaan kasar.[7]

Remove ads

Kebiasaan

Burung-burung tukana ini berkawanan paling banyak sehingga 6 ekor.[4]

Pembiakan

Burung-burung tukana besar bersarang dalam lubang pokok-pokok yang dahulunya ditebuk burung pelatuk.[8] Sepasang burung bertelurkan 2-4 biji telur.[4]

Pemakanan

Burung tukana memakan buah-buahan di puncak pohon,[8] serangga, telur, anak-anal burung tertentu serta juga reptilian kecil termasuk kadal.[4][9] Paruhnya yang panjang itu memungkinkan ia dapat mencapai buah-buahan yang tumbuh di ranting atau dahan yang jauh.[10]

Pergerakan

Burung-burung ini tidak mampu terbang dengan baik[10] tetapi bergerak hanya secara melompat-lompat sambil mengepak kuat dengan meluncur ke pohon selanjutnya.[9]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads