Rand Afrika Selatan

mata wang rasmi Afrika Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Rand adalah matawang rasmi Afrika Selatan. Ia mula diperkenalkan pada 1961, sebaik sahaja negara ini merdeka daripada jajahan British dan menjadi sebuah republik, menggantikan paun Afrika Selatan sebagai matawang yang sah. Satu Rand boleh dibahagikan kepada 100 "cent". Rand boleh didapati dalam 5 wang kertas (R10, R20, R50, R100 dan R200) dan 9 duit syiling (1c, 2c, 5c, 10c, 20c, 50c, R1, R2 and R5).

Fakta Segera ISO 4217, Kod ...
Remove ads

Penamaan

Matawang ini dinamakan sempena Witwatersrand (maksud dari bahasa Afrikaans: "rabung air putih") iaitu lombong emas pertama di Afrika Selatan yang dikenali dengan deposit emasnya ynag banyak.

Sejarah

Mata wang rand diperkenalkan dahulunya oleh Kesatuan Afrika Selatan pada 14 Februari 1961 iaitu tiga bulan sebelum tertubuhnya Republik Afrika Selatan.[1] Sebuah "suruhanjaya pempuluhan syiling" (Decimal Coinage Commission) telah ditubuhkan sebagai suatu proses peralihan daripada matawang yang sedia ada iaitu paun, shilling dan pence serta dicadangkan pada 8 Ogos 1958.[2] Matawang ini menggantikan paun Afrika Selatan sebagai tender sah negara ini pada kadar 2 rand kepada 1 pound, atau 10 shilling kepada 1 rand. Pemerintah negara tersebut memperkenalkan sebuah kempen pemgenalan mengenai matawang baru ini bersama maskotnya Decimal Dan (atau Dan Desimaal dalam bahasa Afrikaans) serta iklan radio[3] untuk memaklumkan perubahan matawang tersebut kepada orang ramai.[4]

Selepas serangan pengganas 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat, Rand mengalami kesan yang teruk berbanding dengan semua matawang asing, dan masalah dinegara jirannya iaitu Zimbabwe telah menurunkan nilai matawang ini. Pada Disember 2001, Rand telah mencecah tahap paling rendah iaitu 1 USD = 13.85 ZAR; Namun sejak akhir-akhir ini, Rand telah kembali kukuh terutamanya berbanding dolar Amerika. Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengenalpasti sebab-sebab penurunan Rand, tetapi agak sukar untuk mencari sebab utama penurunannya.

Pada Ogos 2004, satu duit syiling R5 telah diperkenalkan dengan sekuriti baru untuk mengelakkan pemalsuan. Unsur-unsur sekuritinya termasuklah penggunaan imej dwi-logam dan huruf mikro atau "micro-lettering".

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads