Rempah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rempah (Jawi: رمڤه; kata jamak: rempah-ratus رمڤه-راتوس atau rempah-rempah رمڤه٢) ialah bahagian tumbuhan yang dikeringkan dengan aroma kuat dan rasa tersendiri untuk menambahkan perisa pada makanan yang dimasak.[1][2] Rempah seringkali diserbukkan untuk dipermudahkan penggunaannya.[2] Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, atau pewangi.
Kata rempah juga pernah diluaskan makna merujuk kepada sebarang bahan yang disebatikan untuk tujuan tertentu seperti dalam bidang kimia (misalnya "rempah ubat bedil").[3]
Remove ads
Hubungan dengan manusia
Penanaman dan pemerolehan bahan-bahan rempah ini seringkali sukar dan memakan banyak tenaga sehingga menaikkan kos apabila didagangkan di tanah-tanah asing sejauh Eropah; hal ini menjadikan barangan menunjukkan pangkat taraf kemewahan dalam masyarakat[4] (terutamanya pada Zaman Pertengahan) di mana masakan kelas atasan iaitu golongan bangsawan cenderung menggunakan rempah ratus berbanding golongan kebanyakan yang disarankan memasak menggunakan herba atau cuka.[5]
Remove ads
Sifat
Ia kadang kala didakwa digunakan untuk mengawet makanan menyekat pertumbuhan bakteria,[4] namun perkara ini didapati salah sama sekali.[6][7][8]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads