Rhône-Alpes

kawasan di Perancis From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Rhône-Alpes (Sebutan Perancis: [ʁo.nalp]  ( dengar); Arpitan: Rôno-Arpes; Occitan: Ròse Aups) ialah salah satu daripada 26 wilayah Perancis, terletak di sempadan timur negara tersebut dan menghala ke selatan. Wilayah ini dinamakan sempena Sungai Rhône dan banjaran Alp. Ibu kotanya, Lyon, merupakan kawasan metropilitan kedua terbesar di Perancis selepas Paris. Rhône-Alpes mempunyai ekonomi keenam terbesar berbanding wilayah-wilayah lain sekitar Eropah.

Fakta Segera Lokasi, Pentadbiran ...
Remove ads

Sejarah

Walaupun Rhône-Alpes telah diduduki sejak zaman prasejarah lagi, namun penghuni terawal yang telah direkodkan adalah golongan Gaul. Kota-kota seperti Lyon diasaskan oleh mereka dan wilayah ini mempunyai talian perdagangan dengan bahagian utara dan selatan Eropah. Kebanyakan kawasan tersebut menjadi sebahagian daripada jajahan Republik Rom semasa penjajahan oleh Gaul diketuai oleh Julius Caesar dan pernah menjadi wilayah bagi Lugdunensis dan Gallia. Lyon sendiri telah menjadi sebuah kota utama dalam Empayar Rom.

Wilayah ini, kecuali Savoy, merupakan sebahagian Kerajaan Merovingian dan Carolingian sebelum menjadi jajahan diraja di bawah naungan Dinasti Capet. Oleh sebab inilah budayanya, pengaruh politik serta ekonominya dan pembangunannya selari dengan Perancis yang lebih besar. (lihat Sejarah Perancis)

Remove ads

Geografi

Rhône-Alpes terdiri daripada jabatan-jabatan berikut:

Kependudukan

Thumb
Dewan bandar raya awal abad ke-17 Lyon (Hôtel de Ville)
Thumb
Grenoble
Thumb
Kiosque Peynet di atas Champ de Mars di Valence.
Thumb
Istana dan bumbung-bumbung di bahagian lama Chambéry
Thumb
Palais de l'Isle di Annecy

Rhône-Alpes memiliki 3 bandar raya utama di Perancis. Ia membentuk segi tiga Lyon - Grenoble - Saint-Étienne. Segi tiga ini merupakan pusar ekonomi wilayah ini.

  • Kawasan Lyon: 1,798,395 orang penduduk (2008)
  • Kawasan Grenoble: 560,453 orang penduduk (2008)
  • Kawasan Saint-Étienne: 321,703 orang penduduk (1999)
  • Kawasan Valence: 164,334 orang penduduk (2008)

Prefecture

Pengelompokan terbesar sehingga yang terkecil:

Bandar raya utama

AnnecySaint-Chamond
Bourg-en-BresseSaint-Étienne
BronSaint-Martin-d'Hères
Caluire-et-CuireThonon-les-Bains
ChambéryValence
GrenobleVaulx-en-Velin
LyonVénissieux
RoanneVilleurbanne

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads