Roger Maris
Pemain besbol Amerika (1934–1985) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Roger Eugene Maris (lahir Maras; 10 September 1934 – 14 Disember 1985) ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang bermain sebagai pemadang kanan selama 12 musim dalam Major League Baseball (MLB). Beliau paling dikenali kerana mencipta rekod baharu MLB untuk jumlah home run terbanyak dalam satu musim dengan menghasilkan 61 home run pada tahun 1961.
Maris memulakan kerjayanya dalam liga kecil dari 1953 hingga 1956, dan membuat penampilan sulung dalam liga utama bersama pasukan Cleveland Indians pada tahun 1957. Beliau dipindahkan ke Kansas City Athletics semasa musim 1958, dan seterusnya ke New York Yankees selepas musim 1959. Maris menamatkan kerjayanya sebagai pemain untuk St. Louis Cardinals pada 1967 dan 1968.
Sepanjang kerjayanya, Maris terpilih sebagai All-Star American League (AL) dari 1959 hingga 1962, memenangi Anugerah Pemain Terbaik (MVP) pada 1960 dan 1961, serta Anugerah Sarung Tangan Emas AL pada 1960. Beliau beraksi dalam tujuh Siri Dunia, termasuk bersama pasukan Yankees yang menjuarai Siri Dunia pada 1961 dan 1962, serta bersama Cardinals yang menjuarai Siri Dunia pada 1967.
Rekod home run Maris menjadi kontroversi kerana rekod sebelumnya, iaitu 60 home run oleh Babe Ruth pada tahun 1927 diraih ketika musim MLB hanya berlangsung 154 perlawanan. Maris memecahkan rekod tersebut pada tahun di mana musim AL dilanjutkan kepada 162 perlawanan, dengan melakukan home run ke-61 pada perlawanan terakhir musim itu, menyebabkan timbul persoalan tentang kesahihan rekodnya. Namun begitu, Maris melakukan home run pertamanya pada perlawanan ke-11 musim tersebut, menjadikannya 61 home run dalam tempoh 151 perlawanan.
Rekod home run liga utama Maris kekal sehingga Mark McGwire meleburkan rekod itu pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, rekod American League miliknya kekal hingga tahun 2022, apabila Aaron Judge dari New York Yankees memukul 62 home run.
Remove ads
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Roger Maris |
- Career statistics from MLB · ESPN · Baseball Reference · Fangraphs · Baseball Reference (Minors) · Retrosheet · Baseball Almanac
- Tapak sesawang rasmi
- Templat:Sabrbio
- Roger Maris di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Roger Maris di Find a Grave
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
