Rojak cingur

From Wikipedia, the free encyclopedia

Rojak cingur
Remove ads

Rojak cingur ialah salah satu makanan tradisional yang mudah ditemukan di daerah Jawa Timur, terutamanya di Kota Surabaya, Indonesia.

Thumb
Rojak cingur dengan keropok kampung di restoran peranakan di Jakarta

Rojak cingur biasanya terdiri daripada hirisan-hirisan beberapa jenis buah-buahan seperti buah mangga muda, nanas, kedondong dan ditambah lontong, tuahu, tempe, bendoyo dan cingur serta sayur-sayuran seperti timun, krai (sejenis timun khas Jawa Timur), mengkuang, tauge, kangkung dan kacang panjang. Semua bahan tersebut dicampurkan dengan sos atau campuran yang diperbuat daripada petis udang, cili, kacang tanah goreng, bawang goreng dan garam.

Makanan ini dipanggil rojak cingur kerana ramuan-ramuan campuran yang dipergunakan adalah petis udang dan hirisan-hirisan cingur (mulut lembu rebus). Ramuan-ramuan inilah yang membezakannya dengan makanan rojak yang lain yang biasanya tidak menggunakan cingur tersebut. Rojak cingur biasanya dihidangkan dengan daun pisang atau piring, bersama-sama keropok.

Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads