Stadium Kauffman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stadium Kauffman
Remove ads

Stadium Kauffman (bahasa Inggeris: Kauffman Stadium /ˈkɔːfmən/), sering digelar "The K", ialah stadium besbol yang terletak di Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat. Stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Kansas City Royals yang beraksi di Major League Baseball (MLB). Stadium ini sebahagian daripada Kompleks Sukan Truman yang bersebelahan dengan Arrowhead Stadium, iaitu gelanggang pasukan Kansas City Chiefs yang bersaing di National Football League (NFL). Nama stadium ini diambil daripada sempena nama Ewing Kauffman, penubuh dan pemilik asal Royals. Stadium ini dibuka pada tahun 1973 yang memakai nama Royals Stadium. Stadium ini dinamakan semula kepada Kauffman pada 20 tahun kemudian tepat pada 2 Julai 1993. Sejak penambahbaikan besar-besaran terakhir pada 2009, stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 37,903 tempat duduk.

Fakta Segera Nama silam, Alamat ...

Stadium Kauffman telah dibina secara spesifik untuk besbol ketika zaman bangunan stadium pelbagai guna banyak didirikan. Stadium ini sering disamakan dengan Dodger Stadium (1962) di Los Angeles sebagai salah satu contoh terbaik reka bentuk stadium modenis. Kini, ia menjadi satu-satunya stadium di American League yang dinamakan sempena nama orang dan tergolong antara lapan buah stadium di Major League Baseball yang tidak memiliki nama tajaan korporat. Stadium ini juga berada di kedudukan keenam sebagai stadium tertua di MLB di samping pernah melangsungkan Perlawanan All-Star Major League Baseball pada tahun 1973 dan 2012 serta menjadi tuan rumah Siri Dunia pada 1980, 1985, 2014 dan 2015. Antara tahun 2007 dan 2009, Stadium Kauffman menjalankan penambahbaikan stadium yang menelan kos sebanyak $250 juta termasuk penambahan kemudahan penonton, kawasan dewan kemasyhuran baru Royals serta fasiliti-fasiliti lain.

Pada tahun 2022, Royals telah mengumumkan perancangan pasukan untuk membina sebuah stadium baru di kawasan kejiranan East Village atau North Kansas City[6] sebelum perjanjian sewa antara pasukan dengan Jackson County luput pada penghujung musim MLB tahun 2030.[7]

Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads