Ruak-ruak Biasa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ruak-ruak Biasa
Remove ads

Ruak-ruak Biasa, Ruak-ruak (Jawi: رواق٢) atau wak-wak (Jawi: واق٢; ) atau Kareo Padi nama saintifik: Amaurornis phoenicurus)[2] ialah salah satu spesies burung keluarga Rallidae.[1][3] Taburan spesies ini tersebar luas di India dan Sri Lanka, selatan tanah besar China, serta Asia Tenggara terutamanya di Semenanjung Malaysia, Filipina, Sulawesi, Sunda Besar dan Nusa Tenggara.[4]

Fakta Segera Ruak-ruak Wak-wak, Status pemuliharaan ...

Burung ini dapat ditemukan merandai di rumputan dan tanah basah bertakung air seperti paya rawa, semak belukar, sawah padi, hutan bakau malah juga parit-parit tepi jalan, padang dan taman.[5][6][7] Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.

Remove ads

Ciri fizikal

Badan burung ini mampu tumbuh mencapai 20 sm dengan panjang 15 sm[7] dengan ekor pendek tetapi paruh dan kaki kuningnya relatif panjang.[5] Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbun semak dan rumput paya. Paruh ruak-ruak tidak bergigi.

Bulu pada badan burung dewasa berwarna kelabu gelap kehitaman pada bahagian belakang dan sisi serta kepala, leher dan dada putih.[7] Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah.Kedua jantina serupa bentuk, tetapi burung remaja lebih pudar berbanding burung dewasa. Bayi burung berbulu warna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan.

Ia berbunyi pada waktu maghrib selama beberapa minit seperti bunyi katak menguak dan menguek dan diikuti bunyi u-wak. Juga bunyi hoop kosong lembut monoton berulang; bunyi amaran adalah hik bernada tinggi.

Thumb
di Bhopal, Madhya Pradesh, India.
Thumb
Remaja di Kolkata, West Bengal, India.


Remove ads

Tabiat

Pemakanan

Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih. Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.

Burung Ruak-ruak mudah dilihat dikawasan terbuka. Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilan ruak ruak yang kuat.Merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) bagi semenanjung Malaysia,dan juga indonesia.

Pembiakan

Ia bersarang di tempat kering di kawasan berpaya bertelur 6-7 biji dalah satu-satu masa, setiap biji agak besar sekitar 32 mm dan bercengkerang keras. Telur-telur ini mengambil masa 19 hari eraman sebelum dapat menetas.[8]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads