Rubah fanak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Rubah fanak
Remove ads

Rubah fanak (Arab: فَنَكْ, rumi: fanak, bahasa-bahasa Perancis dan Inggeris: fennec; nama saintifik: Vulpes zerda) ialah sejenis rubah malaman kecil yang dijumpai di kawasan-kawasan gurun dari Sahara dan Semenanjung Sinai utara benua Afrika sampai ke kawasan Arabah dan Naqab rebutan Palestin-Israel di Timur Tengah.[2][3][4][1] Ia spesies kanid terkecil di dunia dengan ciri paling tersendiri bertelinga besar.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Thumb
Vulpes zerda
Remove ads

Ciri fizikal

Ukuran spesies ini sangat kecil jika dibandingkan dengan jenis rubah lain yang ada: fanak betina berukuran badan 34.5 to 39.5 sentimeter dengan ekor sepanjang 23–25 sm dan telinga 9–9.5 sm serta berat timbangan antara 1–1.9 kilogram, fanak jantan lebih besar berukuran badan 39 to 39.5 sm, ekor sama panjang yang betina serta telinga 10 sm panjang dengan berat timbangan sekurang-kurangnya 1.3 kg.[5]

Telinga fanak yang begitu panjang ini berguna untuk melesapkan haba serta membantu pendengaran yang cukup peka untuk mendengar mangsa bergerak di bawah tanah. Bulunya, telinganya, dan fungsi ginjalnya telah tersesuai terhadap persekitaran gurun suhu tinggi dan kekurangan air. Sebagai tambahan, telapak kaki dilitupi bulu tebal agar memudahkan berjalan pada tanah gurun berpasir dan panas terik.[5]

Remove ads

Tabiat

Fanak bersarang dalam gumuk atau tanah berpasir yang agak tandus kurang pokok;[6][7] sarang-sarang yang dibina ini boleh meluas sebesar 120 m2 (1,292 ka2) dan bersambung dengan sarang keluarga lain.

Pemakanan

Ia omnivor terutamanya memakan serangga, mamalia kecil, burung serta buah dan umbi tumbuhan; ia sering mendapatkan sumber air dari daging haiwan yang dimangsakan.[6]

Pembiakan

Musim mengawan fanak berlaku pada bulan-bulan Januari dan April.[8][9] Fanak betina membunting dalam tempoh antara 50 and 52 hari bahkan selama 63 hari;[10][11] sebanyak 1 hingga 4 ekor anak yang dilahirkan dengan mata tertutup sehingga 8-11 hari kemudian.[11][9] Pada ketika ini juga fanak jantan setia mengawasi pasangan dan anak-anaknya sambil memburu menampung sekeluarga.[12]

Seekor fanak mempunyai jangka hayat sehingga 14 tahun dalam kurungan.

Remove ads

Hubungan dengan manusia

Bulu fanak dihargai oleh orang peribumi Afrika Utara.

Haiwan ini adakala didapatkan sebagai suatu haiwan peliharaan eksotik[6] seperti yang disenaraikan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.[13] Malah, ada pembekal yang membiakkan fanak-fanak ini secara diasuh dari muda agar lebih mudah menjinak.

Ia merupakan haiwan lambang kebangsaan negara Algeria.[14]

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads