Disney Networks Group Asia Pacific

From Wikipedia, the free encyclopedia

Disney Networks Group Asia Pacific
Remove ads

Disney Networks Group Asia Pacific (yang sebelum ini: Satellite Television Asian Region (STAR), Fox International Channels Asia Pacific dan Fox Networks Group Asia Pacific) ialah sebuah rangkaian televisyen satelit berbayar yang bertapak di Hong Kong.

Fakta Segera Nama dahulu, Jenis/bentuk sah ...

Menurut sumber itu, semua televisyen dalam rangkaian STAR sebelum ini dinikmati oleh kira-kira 300 juta pelanggan di 53 negara.

Remove ads

Sejarah

Thumb
Logo Star TV Sejak 2001 hingga 2011

STAR awalnya didirikan pada tahun 1990 oleh Hutchison Whampoa, dimana pada tahun 1995 diakui oleh Rupert Murdoch News Corporation sebanyak 63,5%.

Pada 1994 STAR menamatkan saluran BBC World untuk wilayah China disebabkan pemerintahan komunis yang berkuasa tidak mengkehendaki adanya berita dari Barat dalam lingkungan wilayahnya.

Pada tahun 2009 STAR TV telah disusun semula dan dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu STAR India, STAR Greater China, STAR Select, dan Fox International Channels Asia.

Pada Februari 2016, syarikat itu secara rasminya telah melancarkan nama dan logo baharu untuk menjadi Fox Networks Group Asia Pacific.

Pada 14 Disember 2017, The Walt Disney Company mengumumkan hasrat mereka untuk memperoleh syarikat induk Fox Networks Group Asia 21st Century Fox dengan harga US$52.4 bilion selepas spin-off perniagaan tertentu dengan perjanjian itu selesai pada 20 Mac 2019.

Syarikat Disney telah mengumumkan untuk menghentikan secara rasmi 18 saluran TV berbayar linear mereka pada 1 Oktober 2021 kerana Disney mengutamakan pelancaran untuk Disney+ Hotstar di seluruh wilayah Asia dengan baki penutupan pada 30 September 2023.

Remove ads

Saluran

Remove ads

Pautan luar

Diarkibkan 2010-06-11 di Wayback Machine

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads