Sains

usaha sistematik yang membina dan mengatur pengetahuan, dan set pengetahuan yang dihasilkan oleh sistem ini From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sains atau widya ialah ajaran sistematik mendapatkan, mengumpul dan menyusun maklumat daripada menguji hipotesis dan ramalan tentang alam semesta.[1][2] Sains moden dibahagikan kepada dua cabang besar:[3] sains alam sekitar yang mengkaji alam fizikal, dan sains kemasyarakatan yang mengkaji individu dan masyarakat.[4][5] Setiap pakar atau ahli sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang dikaji untuk memberikan penjelasan yang baik. Sekiranya penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik. Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi, pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul.

Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat. Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.

Sains dalam pengertian asalnya adalah kata untuk jenis pengetahuan, dan bukan kata khusus untuk pencarian pengetahuan tersebut. Khususnya, ia adalah jenis pengetahuan yang dapat disampaikan dan dikongsi oleh orang lain.

Remove ads

Peristilahan

Perkataan sains (Jawi: ساءين س) dijejak daripada perkataan scientia dalam bahasa Latin yang bermaksud "pengetahuan".[6]

Perkataan widya (Jawi: ويديا) dijejak daripada perkataan विद्या vidyā dalam bahasa Sanskrit, ia seasal dengan kata ꨝꨪꨖꨪ bidhi dalam bahasa Cam.[7]:100-101

Bidang sains

Terdapat berbagai-bagai bidang sains, antaranya ialah:

Matematik

Matematik memainkan peranan yang sangat penting dalam sains. Fungsi terpenting yang dijalankan oleh matematik adalah dalam pembinaan model saintifik. Untuk mengumpul dan mengkaji data, serta meramal dan menjangka keputusan, semuanya memerlukan pembinaan model saintifik. Dan apabila data telah dikumpul, statistik pula diperlukan untuk menganalisanya.

Remove ads

Lokasi sains

Kajian sains biasanya dilakukan di universiti-universiti dan akademi-akademi khas, serta makmal syarikat-syarikat. Namun terdapat juga pihak amateur yang biasanya cuma melihat data dan melaporkannya.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads