Saleem
Penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
A. M. Saleem Abdul Majeed, juga lebih dikenali sebagai Saleem Iklim (31 Ogos 1961 – 14 Oktober 2018) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang merupakan vokalis kumpulan Iklim yang meraih kejayaan dalam industri muzik pada dekad 1990-an.[1]
Dikenali oleh media tempatan sebagai "Raja Balada Malaysia", beliau merupakan bekas anak didik penggubah muzik terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanah air yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings.
Iklim telah menerbitkan 8 album studio setakat ini, dan mendapat tempat dalam industri muzik menerusi lagu "Suci Dalam Debu" pada tahun 1990. Saleem telah merakamkan 11 album solo. Beliau dan kumpulannya telah berjaya menempa nama di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Filipina, selatan Thailand, Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos di Australia. Saleem dikenali kerana "kekuatan vokalnya" dan suaranya yang "serak-serak basah".[1][2] Beliau ialah bapa kepada Syafiq Farhain yang turut mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.
Remove ads
Kehidupan awal
Saleem dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu. Beliau berdarah kacukan India, Jamaica dan Afrika Selatan Muslim sebelah bapa dan Melayu, Belanda dan Jerman sebelah ibu. Sebelum berkecimpung dalam bidang muzik, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walau bagaimanapun, cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM) kampus Dungun sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.
Remove ads
Iklim
Saleem mengasaskan bersama Iklim pada tahun 1985 bersama Umarul Mahdzar, Mohamad Salim, Fadhil Suhaimi dan Kamaruddin. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada gabungan pemuzik-pemuzik mantap dari kumpulan yang pada asalnya dikenali sebagai The Kids di arena muzik di Terengganu pada waktu itu. Kumpulan Iklim mendapat namanya sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat.[3]
Pada awal 1989, sebelum mencipta nama, kumpulan ini kerap mengadakan persembahan di kelab sosial dan kelab malam dan juga beberapa undangan eksklusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri kelahiran mereka.
Pada tahun 1990, Saleem dan kumpulannya menandatangani kontrak rakaman bersama Suara Cipta Sempurna Records (kini dikenali sebagai Rock Record) dan merakamkan album pertama mereka yang bertajuk Satu Kesan Abadi. Sebagai ahli kumpulan Iklim, Saleem menikmati kejayaan meluas pada dekad 1990-an dengan lagu hits seperti "Suci Dalam Debu", "Hakikat Sebuah Cinta" dan "Satu Kesan Abadi".
Berikutan kejayaan album sulung mereka, yang mencatat jualan sebanyak 250,000 unit sekaligus mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura,[4] Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul Suci Dalam Debu arahan Zulkifli M. Osman lakonan Julia Rais dan Sidi Oraza.[5][6] Walau bagaimanapun, watak Saleem dan anggota kumpulan Iklim dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut.
Saleem kemudian merakamkan 5 lagi album sehingga beliau meninggalkan kumpulan itu pada November 1995 untuk meneruskan kerjaya muzik secara solo selepas beberapa kali menafikan akan disingkirkan daripada Iklim.[7] Album terakhirnya bersama Iklim ialah Salam Perpisahan yang dikeluarkan pada Ogos 1996.
Remove ads
Kerjaya solo
Selepas meninggalkan Iklim, Saleem menandatangani kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan merakamkan album solo pertamanya, Juwita pada tahun 1998 meskipun popularitinya menurun akibat beberapa isu dan kontroversi yang melibatkannya. Beliau sanggup berulang alik antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur bagi menjalani proses rakaman.[8] Album ini, menurut Saleem, ia bertemakan keinsafan dan mengharapkan jutaaan kemaafan daripada peminat kerana keterlanjurannya dengan dadah.
Pada tahun 1999, "Juwita" telah berjaya masuk ke pertandingan akhir Muzik Muzik terbitan TV3. Saleem mendendangkan lagu itu secara langsung di hadapan penonton. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahinya, Saleem gagal untuk memenangi sebarang anugerah di pertandingan itu. Desas-desus mengatakan bahawa suara Saleem hampir tidak keluar dan tersekat-sekat ketika menyampaikan lagu tersebut. Susulan kejayaan album Maaf/Juwita, Saleem telah diberi kesempatan untuk merakamkan beberapa album seperti Bunga Emas bersama bekas kumpulannya, Iklim serta berpeluang berduet dengan Rahmat Ekamatra, Jamal Abdillah dan M. Nasir.
Saleem telah dipelawa oleh Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) untuk pembikinan album baharu yang mana ia merupakan kompilasi lagu-lagunya dahulu daripada Iklim yang diberi tajuk Saleem Raja Balada. Album ini mendapat sambutan yang baik di pasaran sekaligus menerima pensijilan Platinum dengan jumlah pembelian mencapai beberapa puluhan ribu unit.
Albumnya, Epigoni (2006) telah mencatat jualan yang membanggakan dan menerima pensijilan Emas berikutan penjualan telah mencecah lebih daripada 15 ribu unit sejak tiga minggu berada di pasaran. Konsep album beliau pada kali ini ialah pembikinan semula lagu-lagu lama dendangan Amy Search, Shima, Bumiputra Rockers, Sudirman, Wings dan lain-lain.
Beliau membuat persembahannya di Showcase Saleem Raja Balada - Syokkk Ooo di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 20 April 2018 dan dihadiri seramai 500 peminatnya.[1]
Kemudian, pada 9 September, Saleem mengadakan persembahan solonya di konsert Saleem Live In KL yang berlangsung di House, G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang mana ia dihadiri seramai 1,000 penonton dan menjadi persembahan terakhir beliau.[1][2]
Remove ads
Bakat
Saleem dikenali kerana suaranya yang kedengaran "serak-serak basah", menurut Nadia Azam dari Malaysiakini,[2] dan "kekuatan vokalnya" seperti yang dijelaskan oleh Ramlah Zainal dari Harian Metro.[1]
Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang pernah bekerjasama dengan Saleem, menyifatkan beliau sebagai penyanyi yang tiada tolok bandingnya dan antara artis yang paling senang bekerjasama.[9] Beliau turut berkata, Saleem ialah insan berbakat yang tiada pengganti.[10]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Saleem telah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai 3 anak daripada perkahwinan tersebut. Anak lelakinya, Syafiq Farhain turut terlibat dalam bidang muzik.[11]
Kontroversi
Pada tahun 1994, Saleem telah digam daripada muncul di televisyen dengan membuat persembahan dalam pertandingan akhir Muzik Muzik di TV3. Larangan tersebut ialah arahan daripada kerajaan kerana keterlibatan Saleem dengan dadah. Lagu Iklim yang masuk ke dalam carta akhir pertandingan Muzik-Muzik 94 itu ialah "Bukan Aku Tak Cinta". Sebagai gantinya, seorang penyanyi wanita, Adilla diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu itu ke pertandingan. Malang sekali ia tidak membawa sebarang kejayaan. Kontroversi timbul apabila secara terbuka, Saleem mengkritik penampilan Adilla yang sewenang-wenangnya menukar rentak lagu tersebut daripada sentimental Balada kepada irama keroncong. Dalam sesi temuramah dengan siaran televisyen, Saleem telah beberapa kali mengeluarkan perkataan "Macam mana boleh jadi macam ni?" dengan nada sinis berbaur tidak puas hati sambil diapit oleh ahli-ahli kumpulan Iklim yang lain persis lagak sebagai seorang samseng berjaket kulit dengan berkaca mata hitam.
Pada tahun 1993, Saleem terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang anggota tentera darat.[12][13] Pada akhir tahun yang sama, beliau telah ditangkap di Jalan Chow Kit akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Berita tergempar yang memalukan itu telah disiarkan dalam televisyen serta terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan. Penangkapan tersebut menyebabkan Saleem dipenjara. Justeru itu, Segala lagu Saleem dan rakaman persembahannya telah digam oleh pihak kerajaan daripada disiarkan sehingga beliau dibebaskan kelak.[14][15]
Remove ads
Sakit dan kematian
Pada Februari 2018, Saleem dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia selepas mengalami sakit kepala kronik. Beliau dilaporkan stabil selepas menerima rawatan selama beberapa hari.[16]
Beliau kemudian dimasukkan ke hospital sama akibat kemalangan motosikal yang dialaminya pada 21 September 2018. Beliau mengalami kecederaan pada bahagian tulang rusuk sehingga beliau dalam keadaan koma. Pada 14 Oktober 2018, beliau akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:15 pagi.[17] Perkara itu telah disahkan oleh anaknya, Iera Fakhira. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.[18][19][20]
Remove ads
Diskografi
- Album Saleem Bersama IKLIM
- 1990 – Satu Kesan Abadi
- 1991 – Bulan Jatuh Ke Riba
- 1992 – Budi
- 1994 – Iklim
- 1995 – Bukan Niatku
- 1996 – Salam Perpisahan
- 2003 – Bunga Emas
- Album Solo Saleem
- 1993 – Wan Zul / Saleem Gabungan 2 Insan Seni
- 1994 – Saleem Unplugged
- 1996 – Akustika Warisan Abadi Saleem The Unplugged Album 2
- 1998 – Maaf
- 1998 – Gabungan Saleem IKLIM & M Nasir
- 2000 – Ratib Orang Pinggiran
- 2001 – Ratu Sanubari
- 2006 – Saleem Epigoni
- 2007 – Ke Hujung Hayat
- 2008 – Aku Saleem: Trilogi Cinta
- 2009 – Demi Cinta
- 2010 – Dunia Etnik
- 2011 – Menyayangimu
- 2013 – Cinta Kita Berbeza
- 2017 – Pilihanku
- Album Koleksi IKLIM
- 1993 - Dunia IKLIM
- 1993 - Saleem IKLIM
- 1995 - Seribu Penghargaan IKLIM
- 1997 - Sambutlah Tanganku IKLIM
- Album Kompilasi & Album Studio Yang Menampilkan Single Single Nyanyian SALEEM
- 1991 – Wann Teka Teki menampilkan Single "Menjejak Bayang Bayang"
- 1993 – Ayati Tasrip Impiana menampilkan Single "Orang Rentak Berdua"
- 1994 – Tribute To Ramli Sarip menampilkan Single "Datang & Pergi"
- 1994 – Seleksi Cun menampilkan Single "Namun Ku Punya Hati"
- 1994 – Hilary 94 menampilkan Single "Taman Rohani & Pesona"
- 1998 – Gergasi menampilkan Single "Isabella 98"
- 2007 – Tribute To Alleycats menampilkan Single "Suara Kekasih & Gerimis Senja"
- Album Kompilasi
- 1997 – Emas Selamanya IKLIM
- 1997 – Dirgahayu IKLIM
- 1998 – Dirgahayu 2 - SALEEM
- 2000 – Koleksi Ori: Sesuatu Yang Abadi
- 2001 – 3 Dimensi Popular Saleem / Ramli Sarip & Nash
- 2002 – Best Of The Best SEARCH & IKLIM
- 2003 – Emas Unplugged
- 2003 – Emas Moderate
- 2003 – Emas Masterpiece
- 2004 – Saleem IKLIM dan Rahmat EKAMATRA
- 2005 – Memori Hit: Iklim
- 2005 – Iklim: Musim Bermusim
- 2005 – Saleem Raja Balada
- 2008 – Saleem & Iklim: Terunggul
- 2008 – Rahmat Ekamatra vs Saleem Iklim
- 2010 – Keunggulan Saleem
- 2012 – Saleem: Raja Balada II
- 2013 – Raja Pop Raja Balada - Jamal Abdillah Saleem
- 2014 – Saleem Terlajak Laris
Remove ads
Konsert
- 1992 - KONSERT ROCK SALEEM , bersama IKLIM (8 September 1992)
- 1993 - Rancangan Hiburan Salim / Saleem bersama S M Salim & Saleem IKLIM - RTM
- 1994 – KONSERT IKLIM - di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (19 Jun 1994)
- 2006 - Dari Studio Satu Bersama Saleem - Astro
- 2007 - Zoom In Bersama Saleem - RTM
- 2007 - Konsert Fenomena Akustik Bersama Saleem - RTM
- 2008 - Konsert Amal Kasih / Orkestra Saleem & Datuk Jamal Abdillah
- 2013 - Konsert Gegar Lima Legenda - Istana Budaya
- 2013 - Konsert Ekskutif Bersama Jamal Abdillah & Saleem - Live di Terangganu
- 2015 - Konsert Dirgahayu IKLIM Live at Muar - Johor
- 2018 - Showcase Saleem Raja Balada - Syokkk Ooo di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) KL
- 2018 - Konsert Saleem di House G Tower Hotel - KL
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Platinum
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads