Sembilu II
Filem drama Malaysia 1995 arahan Datuk Yusof Haslam From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sembilu II ialah filem drama romantik Malaysia 1995 arahan Yusof Haslam dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Filem ini ialah kesinambungan untuk filem Sembilu dan merupakan filem tempatan pertama yang mencapai kutipan melebihi RM 6 juta, menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[2] Yusof memperoleh gelaran Six Million Dollar Man hasil dari kejayaan filem ini.
Sembilu II memegang rekod selama 6 tahun sebelum diatasi oleh filem Lagi-Lagi Senario pada 2001. Filem ini telah memecah rekod filem yang mendapat kutipan tertinggi mengatasi kutipan filem Adik Manja yang telah lama memegang rekod sebagai kutipan filem tertinggi selama 14 tahun. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Jun 1995.[3][4]
Remove ads
Sinopsis
Azman (Mustapha Kamal), abang kepada Wati (Erra Fazira) telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun diatas kesalahan membakar rumah Awie (Awie). Manakala Wati pula telah menamatkan pengajiannya lalu mengambil alih syarikat arwah ayahnya bagi menggantikan tempat abangnya yang masih berada di penjara. Hubungan Awie dan Wati berjalan dengan lancar dan mereka merancang untuk bertunang. Namun dek kerana kesibukan masing-masing membuatkan pertunangan itu tertangguh dan Ziana (Ziana Zain) yang masih obses dengan Awie meneruskan rancangan liciknya untuk menggoda Awie agar jatuh ke dalam perangkapnya sekali lagi. Namun kali ini Ziana berpura-pura kononnya dia sudah melupakan perasaannya terhadap Awie dan berpura-pura menjadi teman yang sedia mendengar masalahnya.
Azman akhirnya dibebaskan namun sikap Azman yang kini suka berdiam diri dan penuh misteri membuatkan Awie dilanda keresahan. Kemunculan Syamsul (Zulkifli Khan), mengeruhkan lagi hubungan Awie dan Wati. Syamsul yang menaruh hati kepada Wati berhasrat untuk memperisterikan Wati. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati dan membantu Syamsul untuk mendekati Wati. Awie menjadi cemburu apabila mengetahui Azman membantu Syamsul untuk mendapatkan Wati. Ziana yang mengetahui akan hal itu menjadi semakin ligat menjalankan rancangan jahatnya untuk memisahkan Awie dan Wati. Ziana menghasut Wati dengan mengatakan bahawa hubungannya dengan Awie mula kembali serius.
Wati yang terpedaya dengan kata-kata Ziana itu kemudian segera menerima lamaran Syamsul. Bagaimanapun akhirnya Ziana menyedari bahawa Awie sememangnya tidak pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan mencuba untuk meminta maaf dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Wati namun segalanya sudah terlambat apabila mengetahui Wati telah berkahwin dengan Syamsul. Setelah mendengar penjelasan Ziana, Wati kemudian bertemu dengan Awie untuk meminta maaf diatas kesilapannya yang meragui kesetiaan Awie selama ini. Awie yang mengetahui Wati telah menjadi isteri Syamsul, kemudian memaafkan Wati namun dia terpaksa melepaskan Wati kerana tidak mahu merosakkan perkahwinan Wati dan Syamsul.
Remove ads
Pelakon
- Awie sebagai Awie[1]
- Erra Fazira sebagai Wati[1]
- Ziana Zain sebagai Ziana[1]
- Mustapha Kamal sebagai Azman[1]
- Zulkifli Khan sebagai Syamsul[1]
- Noraini Hashim sebagai Salmah[1]
- Khairil Anwar sebagai Joe[1]
- Alice Voon sebagai Alice[1]
- Khairullah sebagai Hafiz[1]
- Jojet sebagai Jojet[1]
- Roslan Saleh sebagai Lelaki Misteri[1]
Penerbitan
Kesinambungan untuk Sembilu telah diumumkan pada September 1994.[5][6]
Filem ini mengekalkan sebahagian besar pelakon-pelakon asal filem sebelumnya. Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain kembali menjayakan watak utama.[7][8] Penggambaran dijalankan pada Disember 1994.[9]
Runut bunyi
Sembilu II: Original Soundtrack ialah album runut bunyi filem Sembilu II, memuatkan sebanyak 10 lagu yang mana dua daripadanya ialah lagu instrumental. Dalam album ini, Awie menyumbangkan 3 lagu manakala Ziana Zain menyumbangkan 4 lagu.
Senarai runut
Remove ads
Keluaran dan sambutan
Bagi mempromosikan filem ini yang ketika itu sedang menjalani pos-produksi, Skop Productions telah mengadakan satu konsert khas yang menampilkan pelakon utama Sembilu.[10]
Sembilu II dikeluarkan pada 1 Jun 1995 dan menjadi kejayaan komersial apabila mendapat kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta menjadikan filem ini sebagai filem Melayu pertama yang mencapai kutipan pecah panggung melebihi RM 6 juta.[11][12][13][14] Filem ini memegang rekod kutipan pecah panggung paling tertinggi sebelum ia diatasi oleh Lagi-Lagi Senario (2001) dan Jangan Pandang Belakang (2007).[15]
Filem ini merupakan salah satu daripada 5 filem yang dipertontonkan di Minggu Filem Malaysia yang berlangsung di Medan, Indonesia yang diadakan pada September 1995.[16]
Remove ads
Kesinambungan
Tragedi Oktober merupakan kesinambungan dari Sembilu II. Filem ini merupakan satu-satunya filem yang tidak diarahkan oleh Yusof Haslam tetapi diarahkan oleh Yusof Kelana.
Sembilu 2005, pembikinan semula daripada dua filem Sembilu, ditayangkan pada 24 Mac 2005 dan meraih kutipan RM1 juta.[17]
Anugerah
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads