Senarai episod Fate/stay night

rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia

Senarai episod Fate/stay night
Remove ads

Ini merupakan senarai episod-episod siri anime Fate/stay night. Setiap episodnya diarahkan oleh pengarah Yuji Yamaguchi, animasi oleh Studio Deen dan diterbitkan oleh Fate Project, yang terdiri daripada Geneon Entertainment, TBS, CREi, Type-Moon dan Frontier Works Inc.[1] Jalan cerita siri anime Fate/stay night adalah berdasarkan judul permainan video novel visual Fate/stay night, dan mengadaptasi sumber bahannya dalam dua puluh empat buah episod. Plot siri anime Fate/stay night amnya adalah berdasarkan jalan cerita senario Fate daripada judul permainan videonya, meskipun sesetengah elemen daripada dua buah senario yang lain, iaitu Unlimted Blade Works dan Heaven's Feel, telah disatukan dalam jalan cerita episod-episodnya.

Thumb
Kulit hadapan kepada koleksi DVD pertama keluaran Type-Moon, yang berkedudukan ke-5 dalam senarai carta Oricon pada 5 April, 2008.

Setiap episod pada asalnya disiarkan di antara bulan Januari 2006 dan Jun 2006 di Jepun menerusi saluran Chiba TV, MX TV, Sun TV, TV Aichi, TV Kanagawa, dan TV Saitama.[1] Siri ini kemudiannya menerima siaran antarabangsanya yang pertama menerusi rangkaian anime televisyen Animax pada tahun 2007, pada waktu yang sama menerima siaran versi Bahasa Inggerisnya menerusi rangkaiannya di Asia Tenggara daripada Jun 2007, termasuklah rangkaian lain di Korea Selatan, Hong Kong dan kawasan-kawasan lain.[2][3]

Lima buah lagu tema telah digunakan untuk episod-episodnya: dua buah tema pembuka dan tiga tema penutup. Tema-tema pembukanya merupakan single yang dihasilkan oleh penyanyi Jepun Sachi Tainaka: "disillusion," digunakan untuk 14 episod pertama, dan "Kirameku Namida wa Hoshi ni" (きらめく涙は星に, secara literal bermaksud Air Mata Bersinaran Berubah Menjadi Bintang) digunakan untuk episod-episod seterusnya. Tema penutup yang pertama ialah "Anata ga Ita Mori" (あなたがいた森, secara literal bermaksud Hutan yang Pernah Didiami Olehmu) oleh kumpulan artis J-pop Jyukai, yang digunakan untuk setiap episod kecuali episod empat belas dan episod dua puluh empat. Episod empat belas pula mempamerkan lagu daripada Jyukai berjudul "Hikari" (ヒカリ, secara literal Cahaya) dan episod dua puluh empat mempamerkan lagu Sachi Tainaka yang berjudul "Kimi to no Ashita" (君との明日, secara literal bermaksud Esok Bersamamu).

Lapan buah kompilasi DVD, setiap daripadanya mengandungi tiga buah episod, telah dikeluarkan oleh Type-Moon di Jepun.[4] Kompilasi pertama koleksi ini telah berkedudukan ke-5 dalam senarai carta Oricon setakat 5 April, 2006.[5] Geneon Entertainment telah mengeluarkan enam buah kompilasi DVD, setiap daripadanya mengandungi empat buah episod, di Amerika Utara, dengan enam buah kompilasi diedar pada 9 Oktober, 2007.[6][7][8][9][10][11] Soundtrack asli untuk siri ini, megandungi empat puluh buah lagu, juga telah dikeluarkan oleh Geneon Entertainment pada 16 Januari, 2007.[12]

Remove ads

Senarai episod

Maklumat lanjut #, Tajuk ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads