Trichopodus

genus ikan From Wikipedia, the free encyclopedia

Trichopodus
Remove ads

Trichopodus (sebelumnya dimasukkan dalam Trichogaster[3][4]), dikenali umum sebagai sepat, ialah sebuah genus ikan labirin perairan tawar tropika daripada keluarga gurami, yang terdapat di Asia Tenggara. Ikan dalam genus Trichopodus berkait rapat dengan genus Trichogaster (sebelumnya Colisa); spesies daripada kededua genus mempunyai sirip pelvik panjang bak benang (dikenali sebagai "sesungut" dalam dagangan akuarium) yang digunakan untuk mengesan persekitaran. Namun, spesies Trichopodus mempunyai pangkal sirip dorsal yang lebih pendek dan lebih besar ketika sudah matang secara seksual, dengan yang paling besarnya iaitu sepat Siam (T. pectoralis), mampu mencapai panjang lebih 8 in (20 cm).[5]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...

Bersama-sama dengan spesies Trichogaster, ikan Trichopodus terkenal dalam dagangan akuarium. Sepat padi (T. trichopterus), dengan aneka varian di akuarium, yang setiapnya dikenali dengan nama dagang berbeza, barangkali jenis gurami yang paling biasa. Spesies Trichopodus turut dijadikan sebagai ikan makan di kawasan setempat.[5] Sepat siam pula menjadi satu daripada lima ikan air tawar teratas yang diternak di Thailand.[6]

Remove ads

Spesies

Terdapat 6 spesies terkini yang diakui dalam genus ini:[7]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads