Biji sesawi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Biji sesawi (nama botani: Brassica napus) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Brassicaceae serumpun dengan kubis yang berbunga warna kuning terang. Tumbuhan ini ditanam terutamanya untuk biji benihnya yang kaya dengan minyak. Ia merupakan sumber minyak sayuran biji kedua terbesar di dunia selepas kacang soya.[2]
Remove ads
Botani
Brassica napus tumbuh hingga 100 sm (39 inci) tinggi dengan daun rendah pinnatifid dan glaucous[3][4][5] dan daun atas memegang batang. Bunga-bunga tumbuhan ini berwarna kuning dan kira-kira 17 mm (0.67 inci). Ia boleh dikenalpasti daripada Brassica nigra oleh daun atasnya yang tidak memegang batang, dan daripada Brassica rapa dengan kelopak bunganya yang kecil kurang daripada 13 mm (0.51 in) lebar.[4]
Lenggai-lenggai biji tumbuhan ini hijau dan panjang yang masak menjadi berwarna perang, panjangnya dari 5 hingga 10 sm.[6] Biji-biji benihnya bulat dan mempunyai diameter 1.5 hingga 3 milimeter (1⁄16 hingga 1⁄8 in), permukaan berselirat[6] dan menjadi hitam apabila masak.[7]
Remove ads
Ekologi
Spesies ini tumbuh meliar di bahu-bahu jalan raya dan tapak-tapak pelupusan Ireland Utara.[8]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
