Sinder
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sinder ialah sisa serpihan batu piroklas (lahar atau magma) yang dingin. Ia adalah batu igneus, baik rejahan (magma yang didinginkan di dalam bumi) mahupun terobosan (lahar yang didinginkan di luar bumi). Sinder adalah serupa dengan pumis yang mempunyai amat banyak lubang sehingga ketumpatannya yang rendah menyebabkannya dapat timbul dalam air. Pumis atau sinder telah dipergunakan untuk membuat sabun, serta untuk seni taman xeriskap, sungkup, dan taman batu.

Remove ads
Ciri-ciri
Ciri-ciri geologi sinder adalah seperti yang berikut:
Kegunaan
Sinder telah digunakan untuk permukaan balapan dan jalan raya supaya dapat membekalkan cengkaman tambahan dalam keadaan-keadaan musim sejuk. Ia juga digunakan dengan umum sebagai sungkup tak organik dalam seni tanam xeriskap kerana sifat-sifat penyairan dan ketahanan terhadap hakisan yang cemerlang. Dalam konteks ini, ia sering dirujuk dengan sinonim "batu lahar".
Lihat juga
- Batu igneus
- Kon sinder
- Skoria
- Tefra
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
