Solat minta hujan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Solat minta hujan atau solat istisqa (Arab: صلاة الإستسقاء, lit. 'sembahyang minta disiram') ialah sejenis solat sunat dikerjakan untuk memohon hujan.[1]
Remove ads
Pelaksanaan
Menurut tradisi Islam, semasa musim kemarau panjang, seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad selepas baginda berkhutbah jumaat di Masjid Nabawi, untuk berdoa dan meminta hujan turun, bagi penduduk, ternakan dan ladang yang kekurangan air, dan sebagai balas, Nabi Muhammad mengangkat tangan untuk berdoa dan memohon kepada Allah agar diturunkan hujan.[2] Selepas doa baginda dijawab dengan hujan turun beberapa hari, Nabi Muhammad sekali lagi berdoa agar hujan lebat berhenti.[3]
Dalam kejadian lain, Nabi Muhammad dikatakan berjalan ke luar masjid pada waktu siang ke sebuah dataran untuk solat secara berjemaah bagi meminta hujan, dan mereka mengerjakan solat dua rakaat dengan bacaan al-Fatihah dikuatkan, seperti sedang solat jumaat.[4]
Remove ads
Solat di negara-negara lain
Pelbagai negara diseluruh dunia telah beberapa kali mengerjakan solat minta hujan.
- Ribuan jemaah di seluruh Emiriah Arab Bersatu berkumpul pada 7 Disember 2024, Sabtu untuk mengerjakan solat minta hujan, berikutan seruan Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.[5] Solat dilaksanakan pada pukul 11 pagi di masjid-masjid dan dewan sembahyang seluruh negara, dan negara menyaksikan penurunan hujan.[6]
- Di Arab Saudi juga diadakan solat ini beberapa kali dalam beberapa tahun. [7] Raja Salman menyeru orang Islam di Arab Saudi pada 27 November untuk solat pada Khamis untuk meminta hujan.[8]
Remove ads
Nota
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads