Sultan Abdullah Muhammad Shah II

Sultan Perak From Wikipedia, the free encyclopedia

Sultan Abdullah Muhammad Shah II
Remove ads

Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Waliullah( 21 September 1842 − 22 Disember 1922) ialah Sultan Perak yang 26.

Fakta Segera Abdullah Muhammad Shah II, ke 26 ...

Baginda memerintah pada 20 Januari 1874 hingga 30 Mac 1877. Raja Abdullah diangkat sebagai Raja Di-Hilir Perak dan istana baginda terletak di Teluk Intan. Kemudian baginda dilantik sebagai Raja Muda Perak pada tahun 1865.

Remove ads

Kerabat

Baginda bernikah dengan Raja Perempuan Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah dan kemudiannya bercerai. Baginda mempunyai sepuluh orang putera dan tiga orang puteri:

  1. Raja Ngah Mansur
  2. Raja Sir Chulan
  3. Raja Sulaiman
  4. Raja Abdul Malik
  5. Raja Nuteh Fatimah
  6. Raja Mariam Maheran
  7. Raja Saleha
  8. Raja Abdul Hamid
  9. Raja Said Tauphy
  10. Raja Abdul Rahman
  11. Raja Ahmad Tajuddin
  12. Raja Chik Jaafar
  13. Raja Khairul Kamariah
Remove ads

Perang Perak

Baginda diangkat menjadi Sultan Perak yang Ke-26 oleh pihak British setelah menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selepas perjanjian ini, baginda digelar Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Baginda bersemayam di Batak Rabit.

Pulau Seychelles

Pada 1875, baginda dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British J.W.W. Birch dan dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1876.

Mangkat

Baginda mangkat di Kuala Kangsar pada tanggal 22 Disember 1922 dan dimakamkan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar bergelar Marhum Habibullah.

Maklumat lanjut Gelaran pemerintah ...
Remove ads

Keturunan

Lihat juga

Rujukan

[Kategori:Sultan Perak|Abdullah Muhammad Shah II]]

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads