Sultan Abdul Samad

Sultan Selangor From Wikipedia, the free encyclopedia

Sultan Abdul Samad
Remove ads

Almarhum Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Baginda lahir di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat.

Fakta Segera Pemerintahan, Pendahulu ...

Sultan Abdul Samad adalah putera Raja Abdullah ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah.[1] Baginda dilahirkan pada tahun 1804. Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898.[2] Baginda telah dimakamkan, bersama ahli-ahli keluarga diraja yang lain, di Bukit Jugra.[3][4] Semasa pemerintahan baginda, berlakunya perang saudara di Selangor, penubuhan Kuala Lumpur,[5][6] pengenalan bendera dan lambang Selangor [7][8] dan permulaan penglibatan British dalam urusan pentadbiran negeri Selangor.

Remove ads

Menaiki takhta

Pemerintahan

Keluarga

Isteri, Putera dan puteri

  1. Permaisuri Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah
  2. Permaisuri Raja Buntal binti Raja Berkat.
    1. Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad (1844-1884).
  3. Permaisuri Raja Rabeah binti Raja Sulaiman I Ibni Sultan Ibrahim I.
    1. Raja Kahar ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad.
    2. Raja Arfah II binti al-Marhum Sultan Abdul Samad, berkahwin 13 Jun 1868 dengan Raja Muda Tunku Dhiauddin III ibni al-Marhum Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (Sultan Kedah), mangkat pada tahun 1896[9].
    3. Raja Ibnusshart Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad, mangkat pada tahun 1881.
    4. Raja Tipah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad
    5. Raja Moonnah binti al-Marhum Sultan Abdul Samad
    6. Raja Yakkhub ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad, mangkat pada tahun 1875.
    7. Raja Dhzauddsu ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad
    8. Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Abdul Samad
  4. Puan Cik Nah binti Imah (Isteri dalam kalangan orang kebanyakan)
  5. Puan Nikmah binti Yaakub (Isteri dalam kalangan orang kebanyakan)
  6. Puan Fatimah binti Muhammad Akil @ Akib (Isteri dalam kalangan orang kebanyakan)

Kemangkatan

Baginda mangkat pada 6 Februari 1898 ketika berusia 93 tahun selepas 41 tahun memerintah negeri Selangor. Baginda dimakamkan di Bukit Jugra, Selangor.[10] Baginda mempunyai 12 orang anakanda, 6 orang putera dan 6 orang puteri dari 2 orang permaisuri.[11] Memandangkan pengganti beliau iaitu Raja Muda Raja Musa telah mangkat pada tahun 1884, cucunda baginda, Raja Sulaiman Raja Muda Musa ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang baharu.

Remove ads

Legasi

Lihat juga

Rujukan

Nota kaki

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads