Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (11 November 1699 – 20 Ogos 1760) ialah Sultan Johor ke-12 dan Sultan Pahang ke-19.

Fakta Segera -Pahang, Pemerintahan ...

Raja Sulaiman merupakan putera kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang merupakan Sultan Johor pertama daripada Wangsa Bendahara Johor. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah lV, Raja Sulaiman telah mengundang Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara yang diketuai oleh Daeng Parani untuk datang ke Johor bagi membantu baginda untuk melawan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah atau lebih dikenali sebagai "Raja Kechil". Sebelum Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara menyatakan persetujuan untuk membantu Raja Sulaiman, kedua-dua belah pihak telah membuat perjanjian di mana mereka bersetuju bahawa sekiranya Raja Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, maka salah seorang daripada Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara akan dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda dan nasihat Yang Dipertuan Muda akan sentiasa diikuti oleh Sultan dan jawatan tersebut dikhaskan untuk waris Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara sahaja.

Selepas Raja Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dengan bantuan daripada Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara, maka pada tahun 1722, Daeng Marewah telah dipilih oleh Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara untuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertuan Muda Johor pertama. Selepas itu, Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar bagi Kesultanan Johor dan segala jajahan takluknya dan baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Selepas diusir dari Johor dan pulang ke Siak, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah telah melakukan perluasan wilayah Kesultanan Siak yang bermula dengan Rokan dan kemudiannya membangunkan pertahanan armada laut di Bentan.

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah mangkat pada tahun 1746 dan dimakamkan di Buantan manakala Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat pada 20 Ogos 1760 di Kepulauan Riau dan baginda digelar "Marhum Batangan".

Remove ads

Rujukan

  • "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 melalui JSTOR.
Maklumat lanjut Gelaran pemerintah ...
Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads