Syafiq Kyle
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, juga lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle (Jawi: شفيق کائل; lahir 24 Jun 1992) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau dikenali dengan peranan lakonannya dalam filem dan televisyen, dan terkenal dengan kepelbagaian dan kebolehsuaiannya dalam melakonkan watak protagonis dan antagonis. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya, antaranya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah MeleTOP Era dan Festival Filem Malaysia.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan memiliki kelulusan Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kerjaya Syafiq bermula pada 2011 apabila beliau menyertai pertandingan Hero Remaja 2011/2012 dan dinobatkan sebagai naib juara. Selepas itu, kerjaya lakonannya bermula dengan melakonkan watak kecil dalam beberapa drama dan filem. Beliau membintangi drama pertama lakonannya, Iparku Diva (2011), namun kejayaannya hadir apabila beliau mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur (2012–2015), yang mana beliau telah berlakon sebanyak 9 musim.[1][2] Sejak itu, Syafiq terus menemui kejayaan komersial menerusi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan (2014), Married Tapi Benci (2016), Mencintaimu Mr. Photographer (2017), Nur (2018–19), Suara Hati (2021), Seribu Nina (2022) dan One Cent Thief (2022–2025). Menerusi drama Nur lakonan bersama Amyra Rosli, beliau memenangi Anugerah Skrin 2018 bagi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 bagi Aktor Pilihan, manakala untuk drama Tak Ada Cinta Sepertimu lakonan bersama Zahirah MacWilson, beliau memenangi Anugerah MeleTOP Era 2019 bagi Pelakon MeleTOP.
Sebagai pelakon filem, beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Langsuir (2018) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Pusaka (2019), Saka Nan Sepi (2020), Polis EVO 3 (2023), Sheriff: Narko Integriti (2024), The Experts (2024), Takluk: Lahad Datu (2024) dan Blood Brothers: Bara Naga (2025). Beliau ialah suami kepada pelakon Mimi Lana yang dikahwininya pada Februari 2025 dan bapa saudara kepada Nabil Aqil dan Imran Aqil.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1992 sebagai Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak di Kuala Lumpur. Syafiq merupakan lulusan dalam Diploma Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.
Kerjaya
Syafiq merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir, Fendy Bakry dan Hafidz Roshdi, sekaligus dinobatkan sebagai Naib Juara.
Lakonan pertama beliau ialah menerusi watak kecil dalam drama Iparku Diva di Astro Warna lakonan Rozita Che Wan, Norman Hakim dan Sheera Iskandar. Bersama pelakon veteran Nasir Bilal Khan, Syafiq menjayakan watak Johan, seorang anak yang kuat memberontak dalam drama keagamaan Tanah Kubur dari musim ke-3 hingga ke-9 yang bersiaran di Astro Oasis.[3]
Pada tahun 2014, beliau memegang watak pembantu sebagai Tajul Fahin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3. Seterusnya, buat pertama kalinya beliau memegang watak utama dalam drama Bila Hati Berbicara sebagai Emir Qasha dan bergandingan bersama pelakon Singapura Atikah Suhaime di Slot Akasia TV3. Pada tahun 2016, beliau digandingkan bersama pendatang baharu dalam bidang lakonan, Azira Shafinaz menerusi drama Married Tapi Benci di TV3 sebagai Kamal. Drama Sekali Aku Jatuh Cinta pula memperlihatkan beliau menjayakan watak komedi sebagai Johan iaitu seorang jururawat.
Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Izz Haikal dalam drama Slot Akasia TV3, Suamiku Paling Sweet dan seterusnya memegang watak Nazmi Elyas, seorang jurugambar profesional di Slot MegaDrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Singapura, Hannah Delisha.[4] Beliau kemudiannya menjayakan watak utama bersama Ayda Jebat menerusi drama Dekatkan Jarak Kita sebagai Ian Tashriq.[4]
Pada tahun 2018, beliau menjayakan watak utama bersama Zahirah MacWilson menerusi drama Slot MegaDrama Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Hazran Widad. Beliau juga terlibat dalam drama mini 100 Plus, Pelangi Cinta bersama Shukri Yahaya, Aiman Hakim Ridza, Hairul Azreen dan Mira Filzah. Nama Syafiq terus melonjak naik apabila beliau menjayakan watak Ustaz Adam dalam Nur bergandingan bersama Amyra Rosli. Syafiq juga beraksi dalam filem sulungnya bertajuk Langsuir arahan Osman Ali bersama Hannah Delisha. Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 sebagai Hakim, pelajar kolej yang bergelar Pak Cik Bawang.
Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam filem seram Pusaka arahan Razaisyam Rashid yang mengandingkan beliau bersama Mimi Lana dan turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Yuna Rahim, Aleza Shadan, Faizal Hussein serta Ogy Ahmad Daud menampilkan sisi lain lakonan Syafiq iaitu seorang pegawai polis.[5] Beliau juga berlakon dalam teater muzikal arahan Erma Fatima yang bertajuk Pawana Isabella. Beliau menjadi Raja Al Hasiq Ghibran/Raja Melayu di samping Janna Nick, Johan Raja Lawak, Ozylnn, Ziela Jalil, Afdlin Shauki, Azar Azmi, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020, Syafiq menerima tawaran berlakon dalam drama mini arahan Erma Fatima, Lock In 2 untuk saluran YouTube. Drama yang juga menampilkan ramai pelakon seperti Erma Fatima, Umie Aida, Sherry Alhadad, Nora Danish dan banyak lagi serta penampilan istimewa bekas pelakon 90an, Azah Aziz dan pembantu peribadi Neelofa, Rosix, telah menjalani penggambaran secara individu di rumah masing-masing serta bersama-sama tanpa melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Di dalam drama ini, Syafiq berlakon sebagai teman lelaki Neelofa. Drama Lock In sebelum ini mempunyai 2 episod. Untuk musim kedua, Erma Fatima menambah lagi 4 episod dan menampilkan ramai lagi selebriti.
Pada tahun 2022, Syafiq muncul dalam tiga buah drama bersiri, antaranya ialah Seribu Nina, One Cent Thief dan Cinta Buat Dara serta filem Cikgu vs Hantu. Dalam tahun 2024, beliau berlakon dalam tiga filem, antaranya ialah Sheriff: Narko Integriti, The Experts dan Takluk: Lahad Datu.
Remove ads
Aktiviti
Syafiq merupakan pengasas jenama kosmetik KylezLab dan jenama fesyen Jiwa by Kylez (dijenamakan semula sebagai Sajiwa) yang diwujudkan pada awal tahun 2018 dan mempunyai kelab peminat iaitu Skylovers. Selain itu, beliau juga kerap mengemaskini aktiviti terkininya di laman web rasminya, syafiqkyle
Syafiq juga aktif dalam sukan permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia yang turut menampilkan selebriti-selebriti popular seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Aiman Tino, Akim Ahmad, Diana Danielle dan Wany Hasrita.
Kehidupan peribadi
Kehidupan peribadi Syafiq menjadi bualan masyarakat ketika berlakon di dalam telefilem Raya arahan Rashid Sibir. Gosip mengenai hubungan Syafiq dengan kakak kepada pelakon cantik, Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose menjadi tanda tanya adakah mereka memang bercinta. Syafiq mengakui beliau bercinta dengan Uqasha, namun Uqasha mengatakan sebaliknya. Syafiq juga dikaitkan dengan finalis Dewi Remaja yang juga heroin Syafiq dalam drama Sekali Aku Jatuh Cinta iaitu Mimi Lana. Mereka mengakui mereka sedang berkawan. Pada masa yang sama, kemesraan Syafiq dengan pelakon cantik dari Singapura, Hannah Delisha dalam dan luar drama Mencintaimu Mr. Photographer membuatkan peminat mendoakan agar mereka berjodohan.[7]
Pada tahun 2019, terbongkar mengenai hubungan sebenar antara Syafiq dan Mimi Lana. Mereka sudah menjadi pasangan kekasih sejak tahun 2016. Mereka kekal profesional sewaktu berlakon dalam filem seram Pusaka sebagai adik beradik kembar. Hubungan mereka direstui kedua belah keluarga.[8] Namun begitu, pada Mac 2020, hubungan percintaan mereka yang terjalin selama 4 tahun terlerai. Dikatakan punca perpisahan mereka adalah tiada persefahaman antara mereka.[9][10] Namun begitu, hubungan mereka kembali terjalin selepas berkongsi gambar masing-masing di media sosial.[11]
Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada Januari 2023,[12][13] dan dijadualkan bakal bernikah pada 18 Ogos 2023,[14] namun mereka membatalkan pernikahan mereka pada saat akhir.[15][16][17] Walaubagaimanapun, akhirnya pasangan ini diijabkabulkan pada 14 Februari 2025 dan sah sebagai suami isteri, dengan sekali lafaz.[18][19][20]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Teater
Televisyen
Iklan
Remove ads
Videografi
Penajaan
- Ramadhan Raya TV3 2019 - #setulusikhlas bersama Zara Zya, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Ismail Izzani, Haqiem Rusli & Nabila Razali (Samsung), Mimi Lana (Nivea), Mira Filzah & Hairul Azreen (100 Plus)
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads