Saktam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Saktam atau Shaktam (Sanskrit: शाक्त, IAST: Śākta, har. doktrin tenaga, kuasa, dewi abadi) merupakan satu mazhab utama agama Hindu, di mana Tuhan disifatkan sebagai wanita.

Saktam melibatkan segala sesuatu dalam seluruh alam semesta sebagai aspek, manifestasi atau bayangan dewi agung yang sama, Shakti[1][3] Ia memiliki pelbagai gaya penyembahan, daripada Durga yang paling banyak disembah, hingga Parvati serta Kali.[4][5] Selepas kemerosotan Buddhisme di India, pelbagai dewi Hindu dan Buddha digabungkan menjadi Mahavidya, kumpulan sepuluh dewi.[6] Mahadevi yang lazim disembah dalam aliran Saktam termasuk: Durga, Kali, Saraswati, Lakshmi, Parvati dan Tripurasundari.[3] Selain itu, pelbagai Gramadevata seperti Mariamman juga disembah di kawasan India.[7]
Remove ads
Asal-usul
Penyembahan-Ibu dan kultus-ibu telah wujud sejak zaman Veda. Konsep Aditi - Ibu Dewa-Dewi, penjelmaan alam, dan Ambhrnisukta dan juga Ratrisukta dalam Rig Veda, dengan jelas mengandungi asal-usul penyembahan-Ibu.Menurut Sri Ramakrishna: ‘Brahman dan Sakti adalah sama. Kamu memanggil-Nya sebagai Brahman. Saya memanggil-Nya sebagai Sakti.’
Walaupun idea tentang Ibu sebagai Tuhan Maha Esa telah wujud dengan jelas dalam Devi Sukta, Rigveda: “Akulah permaisuri alam semesta ini.” (10.10.125.3.), perkembangan konsep ini dengan sepenuhnya mengambil masa yang agak lama.
Menurut Swami Vivekananda, penyembahan Ibu bermula begini:
“Penyembahan Ibu ialah sebuah falsafah yang tersendiri. Kuasa ialah idea pertama kita. Kuasa mencerobohi manusia pada setiap langkah. Kuasa yang dirasakan di dalam ialah Roh. Kuasa yang dirasakan di luar ialah alam semulajadi. Pertempuran antara kedua-dua ini yang menjadikan hidup manusia. Hasil daripada dua kuasa-kuasa ini ialah segala-galanya yang kita kenali atau alami. Manusia melihat bahawa matahari bersinar ke atas yang baik dan yang jahat dengan sama rata. Di sini wujud idea baru Tuhan sebagai Kuasa Sejagat di sebalik segala-galanya. Demikian lahirnya idea-Ibu.”
Konsep Ibu berkembang dengan peredaran masa. Dewi-dewi kesuburan atau Gna dalam Rigveda, atau Devapatni seperti Dhishana, Sarasvati, Hotra, Bharati, Indrani mewakili konsep awal Sakti. Dewi-dewi kekayaan, secara beransur-ansur dikaitkan dengan Lakshmi. Dewi-dewi sungai dikaitkan dengan Sarasvati dan dewi-dewi Gna bergabung dengan Vak. Fungsi kreatif Sarasvati dalam Brahmana di bawah konsep keibuan merupakan permulaan kultus-Sakti kemudiannya. Vak-Sakti berkembang sepenuhnya dalam Svetasvatara Upanisad yang dianggap sebagai sumber utama konsep personaliti. Pandangan tentang hubungan antara Sakti dengan Saktiman, Isvara, telah diterima pakai oleh mazhab-mazhab falsafah kemudiannya.
Mazhab Saivisme Kashmir membangunkan idea Sakti. Idea Sakti dalam Vira-Saiva banyak dipengaruhi oleh mazhab Saivisme Kashmir dan ia menyumbangkan kepada idea Mahamaya.
Remove ads
Lihat juga
Falsafah
Falsafah Hindu, berdasarkan Vedānta dan beberapa kumpulan aliran yang berdasarkan Vedānta dan Tantra mempercayai jirim dan tenaga yang muncul dalam alam semesta muncul secara bertahap di mana satuan tenaga tahap getaran dianggap jelas sebagai 'jirim', dan pada tahap yang lain dikenali sebagai 'minda' dan pada tahap yang lain pula sebagai 'nyawa'. Lalu dari sini, sumber kewujudan dan kehidupan semua ciptaan, sama ada pada peringkat jirim, nyawa atau minda, dipercayai datang semuanya dari satu punca yang tunggal.
Brahman (Yang Mutlak) dalam Vedānta dan Śakti atau Devī dalam Tantra adalah sama. Apabila 'tenaga' itu berada dalam keadaan statik, apabila alam semesta belum dicipta, tenaga itu dikenali sebagai Brahman. Andainya Brahman ialah ular yang sedang tidur berlingkar, Śakti ialah ular yang sedang bergerak; andainya Brahman ialah perkataan, Śakti ialah maksudnya; andainya Brahman ialah api, Śakti ialah kuasa pembakarannya. Kedua-duanya tidak boleh diasingkan - satu dalam dua dan dua dalam satu.[8]
Nampaknya falsafah Tantra ialah satu kacukan dan modifikasi prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh falsafah Sankhya dan sistem falsafah Vedānta. Sistem Sāṅkhya menjelaskan prakrti sebagai sesuatu yang material dan tidak bergerak. Manakala, falsafah Vedānta, terutamanya Advaita Vedanta mengutarakan Maya, iaitu suatu 'entiti' yang sukar dijelaskan. Sebaliknya, falsafah Tantra mengutarakan konsep Śakti sebagai suatu kuasa sebenar Śiva, malah, sebagai Śiva sendiri yang dinamik. Realiti sebenar ialah satu dan hanya satu.Itu dikenali sebagai Śiva atau Śakti atau Śiva-Śakti dan ianya bersifat kesedaran tulen ('samvit'). Hubungan antara Śiva dan Śakti ialah seperti hubungan antara api dan kuasa pembakarannya atau perkataan dan maksudnya.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads