Tentera Laut Imperial Jepun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) (Kyūjitai: 大日本帝國海軍 Shinjitai: 大日本帝国海軍 Dai-Nippon Teikoku Kaigun (bantuan·maklumat) or 日本海軍 Nippon Kaigun, atau secara harfiahnya Tentera Laut Empayar Jepun Raya) ialah tentera laut dalam Empayar Jepun dari tahun 1869 sehingga 1945, apabila ia dibubarkan selepas kekalahan dan penyerahan kalah Jepun dalam Perang Dunia II. Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun (JMSDF) telah dibentuk selepas pembubaran IJN.
Tentera Laut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua merupakan angkatan laut ketiga terbesar di dunia dan yang kedua terkuat dalam Perang Pasifik. Armada IJN menguasai Lautan Pasifik pada awal peperangan tetapi akibat beberapa kekalahan, ia hilang kuasa di Pasifik Barat dan musnah pada penghujung Perang. Ia dikawal oleh Kementerian Tentera Laut Jepun dan Ketua Turus Am Tentera Laut Imperial Jepun. Pasukan Udara Tentera Laut Imperial Jepun merupakan satu daripada angkatan udara terkuat sebelum musnah dalam Perang Dunia Kedua. Hampir kesemua kapal IJN ditenggelamkan pada penghujung Perang.
Remove ads
Kekuatan anggota
- Disember 1941 — 291,359 orang termasuk 1,500 juruterbang.
- Julai 1945 — 1,663,223 orang.
Panglima
Pemerintah Tentera Laut Imperial Jepun sewaktu serangan ke atas Pearl Harbor:
- Laksamana Isoroku Yamamoto (Panglima Besar Armada Gabungan)
- Laksamana Muda Matome Ugaki (Ketua Staf Armada Gabungan)
- Laksamana Madya Nobutake Kondo (Panglima Armada Kedua)
- Laksamana Madya Ibo Takahashi (Panglima Armada Ketiga)
- Laksamana Madya Inoue Shigeyoshi (Panglima Armada Keempat)
Remove ads
Lihat juga
- Majlis Tertinggi Perang (Jepun)
- Tentera Darat Imperial Jepun
- Markas Besar Imperial
- Armada Gabungan
- Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun
Kapal perang Tentera Laut Imperial Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua | |
Bilangan unit | |
Kapal tempur | 11 |
Kapal induk pembawa pesawat | 21 |
Kapal induk pembawa pesawat ringan | 4 |
Penjajap | 45 |
Pembinasa | 141 |
Kapal selam | 171 |
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads