Teri Hatcher
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Teri Lynn Hatcher (lahir pada 8 Disember 1964) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Emmy dan pernah memenangi Anugerah Golden Globe. Beliau mula mendapat tempat selepas membintangi siri Lois & Clark: The New Adventures of Superman bersama Dean Cain. Hatcher juga memegang watak Susan Mayer, dalam Desperate Housewives. Selain itu beliau juga pernah menjadi gadis Bond menerusi watak Paris Carver dalam Tomorrow Never Dies pada 1997.
Remove ads
Latar belakang
Permulaan hidup
Hatcher merupakan anak tunggal kepada Owen dan Esther Hatcher dan dilahirkan di Palo Alto, California, serta dibesarkan di Sunnyvale, California. Beliau pernah menuntut di Mango Junior High (kini Sunnyvale Middle School), Sekolah Tinggi Fremont di Sunnyvale dan Kolej De Anza College di Cupertino.
Kerjaya
Hatcher bermula dengan mengambil kelas balet di San Juan Girls' Ballet Studio Los Altos, California. Beliau kemudiannya menyertai American Conservatory Theater. Salah satu tugas terawalnya (1984) adalah sebagai ketua sorak bersama San Francisco 49ers. Beliau juga pernah menjadi duyung menerusi The Love Boat dalam musim terakhir siri tersebut. Hatcher memegang watak Lois 1993, disamping Dean Cain, dalam Lois and Clark dan Lois and Clark: The New Adventures of Superman (1993-1997). Selain itu, beliau pernah muncul dalam filem Spy Kids (2001), James Bond: Tomorrow Never Dies, Dead in the Water (1991), 2 Days in the Valley (1996), and Heaven's Prisoners (1996). ABC telah membatalkan siri Lois & Clark pada 1997, dan Hatcher begitu kecewa. Beliau pernah muncul menerusi Star Trek: The Next Generation dan MacGyver sebagai Penny Parker. Beliau pernah menjadi undangan dalam salah sebuah episod Seinfeld, sebagai Sidra, yang telah putus cinta dengan Jerry Seinfeld. Hatcher pernah muncul dalam iklan TV NFL Hall of Famer Howie Long. Beliau menjadi hos untuk Saturday Night Live pada tahun 1996.
Pada 1997, Hatcher telah diundi oleh para pembaca FHM sebagai "Sexiest Woman in the World". Hatcher juga mengalahkan empat orang pelakon Desperate Housewives lain, untuk merebut Best Actress in a Musical or Comedy menerusi Anugerah Golden Globe pada Januari 2005. Hatcher juga memenagu Anugerah Screen Actors Guild (SAG) untuk kategori yang sama pada tahun yang sama juga (2005). Pada Julai 2005, beliau dicalonkan oleh Anugerah Emmy sebagai Best Actress in a Comedy Series disamping Marcia Cross dan Felicity Huffman (Felicity memenanginya).
Pada April 2006, Hatcher antara pelakon televisyen wanita AS yang menerima bayaran tertinggi. Beliau dilaporkan menerima bayaran sebayak $380,000 per episod menerusi Desperate Housewives. Pada Mei 2006, beliau melancarkan buku pertamanya, Burnt Toast: And Other Philosophies of Life.
Kehidupan peribadi
Antara tahun 1985 dan 1988, beliau menjalinkan hubungan bersama Richard Dean Anderson yang turut membintangi MacGyver bersamanya. Pada 1988, Hatcher mengahwini Marcus Leithold (4 Jun 1988), tetapi bercerai setahun kemudian. Pada 27 Mei 1994 beliau mengahwini pelakon Jon Tenney; mereka dikurniakan seorang anak, Emerson Rose pada November 1997, dan bercerai pada Mac 2003.
Remove ads
Lakonan
Remove ads
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads