Terier

jenis anjing From Wikipedia, the free encyclopedia

Terier
Remove ads

Terier[a] ialah sejenis anjing yang pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu haiwan perosak.[1][2][3] Terier ialah anjing daripada mana-mana baka atau baka tempatan daripada jenis terier, yang biasanya kecil, kurus tegap, game, dan tidak takut.[4] Terdapat lima kumpulan terier berlainan, dengan setiap kumpulan yang mempunyai rupa bentuk dan saiz berlainan.

Thumb
Sesetengah baka terier, daripada The book of dogs; an intimate study of mankind's best friend, 1919
Remove ads

Sejarah

Thumb
Lukisan seekor terier mainan Inggeris oleh Frederick August Wenderoth pada 1865

Kebanyakan baka terier diperhalus daripada anjing lebih lama yang dibiakbakakan dengan tujuan. Namanya berasal daripada istilah bahasa Perancis Kuno, chien terrier, secara harfiah "anjing bumi".[5]

Gameness terier pemburu awal dieksploitasi dengan menggunakannya dalam pertandingan sukan. Pada awalnya, terier bertanding dalam acara seperti pembersihan serling daripada tikus. Anjing yang paling pantas dalam pembunuhan semua tikus menang. Pada abad kelapan belas, sesetengah terier disilangkan dengan hound untuk memperbaik perburuannya, dan sesetengah pula dengan baka anjing laga untuk "memperkuat ketabahan dan meningkatkan keberanian".[6] Sesetengah silangan dengan anjing laga, iaitu silangan bull and terrier, digunakan dalam sukan berdarah laga anjing. Baka peliharaan moden seperti bulterier katik disenaraikan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) di bawah terier jenis bull.[7]

Kini, kebanyakan terier dibela sebagai anjing pendamping dan haiwan peliharaan keluarga. Ia pada umumnya setia dan sayang kepada pemiliknya.

Remove ads

Jenis dan kumpulan

Pada abad ke-18 di Britain, hanya dua jenis terier diiktiraf, iaitu bertungkai panjang dan bertungkai pendek.[8] Kini, terier kerap dikategorikan secara tidak rasmi mengikut saiz atau fungsi.

Jenis pemburu masih digunakan untuk mencari, menjejak, atau mengikuti buruan, terutamanya di bawah tanah, dan kadang-kadang untuk meluru ke arah buruan. Contoh moden termasuk terier Jack Russell, terier pemburu Jerman, terier tikus, dan terier Patterdale. Terdapat juga terier bertungkai pendek seperti cairn terrier, terier Scotland, dan terier putih Tanah Tinggi Barat, yang juga digunakan untuk membunuh haiwan perosak kecil.

Terier pemburu asli termasuk fell terrier (yang dikembangkan di England utara untuk membantu dalam pembunuhan rubah) dan hunt terrier (yang dikembangkan di England selatan untuk mencari rubah, membunuh rubah, atau meluru ke arah rubah semasa pemburuan rubah tradisional secara berkuda).

Pelbagai kombinasi buldog dan terier yang digunakan untuk pengumpanan lembu dan laga anjing pada lewat abad ke-19 kemudian diperhalus menjadi baka berasingan yang menggabungkan kedua-dua kualiti terier dan buldog. Kecuali terier Boston, baka tersebut pada umunya termasuk dalam Kumpulan Terier kelab-kelab kenel. Pembiak baka telah membiakbakakan baka terier moden jenis bull, seperti bulterier dan bulterier Staffordshire, menjadi anjing keluarga sesuai dan terier pertunjukan.

Terier mainan telah dibiakbakakan daripada terier lebih besar dan ditunjukkan dalam kumpulan Mainan atau Teman. Yang termasuk sesama baka ini merupakan terier mainan Inggeris, terier rubah mainan, dan terier Yorkshire. Walaupun kecil, ia mengekalkan perwatakan terier sejati dan bukan "anjing riba" yang tunduk.

Keturunan lain jenis bull and terrier, seperti gull terrier dari Asia, merupakan antara anjing yang masih diternak untuk laga anjing.

Penampilan

Terier mempunyai pelbagai penampilan daripada anjing sangat kecil, bertubuh ringan, dan berlapis bulu licin seperti terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris, yang berukuran seringan hanya 2.7 kg (6 lb), kepada terier Airedale yang sangat besar dan berlapis bulu kasar, yang dapat mencecah ketinggian 25 kg (56 lb) atau lebih. Setakat tahun 2004, United Kennel Club mengiktiraf satu baka terier botak baharu yang diterbitkan daripada terier tikus yang dipanggil terier botak Amerika.

Remove ads

Pengelasan kelab kenel

Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel termasuk Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengelompokkan baka terier pedigri bersama-sama dalam kumpulan terier sendiri.[7]

Lihat juga

  • Terier jenis bull
  • Terier pekerja

Catatan

  1. Jawi: تيريئر‎‎

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads