Terracotta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Terracotta (disebut [ˌtɛrraˈkɔtta]; serapan Bahasa Itali turunan kata bahasa Latin terra cocta "tanah dibakar"[1][2]) adalah sejenis barang tembikar terbuat dari seramik tanah liat[3] dibakar di mana badan barangan ini tidak berliang serta menampakkan warna kejinggaan atau keperangan yang tersendiri.[4]

Bahan seramik ini biasanya digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan praktikal termasuk mangkuk pinggan dan pasu, pembetung saluran dan kumbahan, jubin atap, batu bata dan hiasan dalam pembinaan bangunan.[5]
Remove ads
Gambaran umum
Pengukiran
Tanah liat halus yang sesuai dikumpulkan sebelum dibentukkan kepada rupa dan rekaan yang dikehendaki sama ada secara dipicit-picit dengan jari mahupun menggunakan acuan khas.[6]:2, i, a[7] Bahan ini sangat mulur atau fleksibel dibentuk memudahkan suatu ukiran penuh dapat dibina secara berperingkat: setiap bahagian dapat ditambah bergumpal dengan menempel lagi tanah sambil memotong bahagian lebihan mana yang tidak perlu dengan pisau atau alat serupa sehinggakan mampu menampakkan perincian teliti pada barangan akhir.
Bentuk-bentuk ini kemudiannya dibiarkan kering buat seketika lama. Setelah kering, ia diletakkan di dalam tanur atau atas bahan yang mudah terbakar dalam suatu lubang kemudian dibakar - suhu kebakaran biasa adalah sekitar 1,000 °C (1,830 °F), namun ada juga barangan artifak yang dibakar serendah 600 °C (1,112 °F).[6]:1 Pembakaran ukiran-ukiran yang besar perlu diawasi dengan berhati-hati agar dinding tebal ukiran dipadukan sepenuhnya mengelakkan rekahan semasa pengecutan yang boleh mengancam keteguhan ukiran.[8]
Sifat
Kandungan besi yang bertindak balas dengan oksigen semasa dibakar memberikan warna yang kemerahan pada binaan akhir, namun warna keseluruhan ukiran boleh membeza-beza dengan warna yang menguning, menjingga, memerah mahupun memerang.[6]:1
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
