Theodore von Kármán

From Wikipedia, the free encyclopedia

Theodore von Kármán
Remove ads

Theodore von Kármán (Hungary: Kármán Tódor[nota 1]) [ˈkaːrmaːn ˈtoːdor]; 11 Mei 1881  6 May 1963) ialah seorang ahli matematik]], jurutera aeroangkasa dan ahli fizik kelahiran Hungary. Beliau bertanggungjawab menemukan banyak dalam bidang aerodinamik, malah merupakan tokoh paling dikenali dan berpengaruh dalam bidang ini pada abad ke-20.[3][4][5][6]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Awal hidup

Kármán Tódor lahir dalam sebuah keluarga bangsa Yahudi di Budapest, Austria-Hungary kepada Kohn Ilka[7][8] Beliau turut mempunyai pertalian keluarga dengan Judah Loew ben Bezalel, seorang agamawan (rabai) yang paling berpengaruh dalam bidang pengajian agama Yahudi.[1]

Beliau menjalani bidang kejuruteraan di Universiti Teknikal Diraja Jòzsef (kini Universiti Teknologi dan Ekonomi Budapest. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Göttingen di Empayar Jerman pada 1902 serta mendapat ijazah kedoktorannya enam tahun kemudian; beliau turut menjadi pengajar di institut tersebut selama empat tahun.

Beliau dilantik sebagai pengarah institut Aeronautik Universiti RWTH Aachen pada 1912. Tempoh jawatannya di sana terganggu berikutan tercetusnya Perang Dunia Pertama, di mana beliau berkhidmat dalam Tentera Darat Austria-Hungary dari tahun 1915 sehingga 1918.

Kármán mula tidak senang dengan keadaan politik di benua Eropah yang semakin bergolak dengan sentimen nasionalis, maka beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1930 di mana beliau mendapat tawaran mengarah Makmal Aeronautik Guggenheim di Institut Teknologi California dengan Frank Wattendorf sebagai pembantunya.

Remove ads

Kerjaya saintifik

Nota

  1. nama orang Hungary mengikut turutan di mana nama keluarga didahulukan sebelum nama sendiri menyusul.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads