Belima
baka kuda From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Belima (bahasa Inggeris: thoroughbred) ialah suatu baka kuda yang dikenali kerana digunakan dalam perlumbaan kuda. Dalam bahasa Inggeris, meskipun perkataan thoroughbred kadang kala digunakan bagi merujuk kepada sebarang kuda baka asli,[penjelasan lanjut diperlukan] secara teknikalnya nama ini merujuk hanya kepada baka Belima. Belima dianggap seekor kuda "berdarah panas" oleh sebab ketahanan, kelajuan dan semangat mereka.
Belima yang dikenali pada hari ini pertama kali dibiakkan pada kurun ke-17 dan ke-18 apabila kuda betina tempatan dikacukkan dengan kuda jantan Arab yang diimport. Kesemua Belima moden boleh dikesan salasilahnya kepada tiga ekor kuda jantan yang dibawa masuk ke dalam England pada kurun ke-17 dan ke-18 dan sehingga 74 ekor kuda betina Inggeris dan Timur (Arab, Turkoman atau Barb). Semasa kurun ke-18 dan ke-19, baka Belima tersebar ke seluruh dunia; kuda Belima dibawa masuk ke Amerika Utara bermula pada tahun 1730 dan Australia, Eropah, Jepun dan Amerika Selatan pada kurun ke-19. Berjuta-juta ekor Belima wujud di dunia pada hari ini, dengan lebih daripada 118,000 anak kuda didaftarkan setiap tahun di seluruh dunia.
Meskipun Belima banyak digunakan dalam perlumbaan, baka ini juga dibiakkan untuk kegunaan menunggang yang lain seperti pertunjukkan lompatan, latihan bersepadu, dressage, polo dan pemburuan musang. Kuda Belima juga biasa dikacukkan dengan baka-baka lain bagi menghasilkan baka-baka baru atau untuk memperbaiki baka sedia ada dan memberi pengaruh kepada banyak baka penting yang baru seperti Kuda Suku, Baka Baku, Arab-Inggeris dan pelbagai baka Warmblood.
Remove ads
Nota
Nota kaki
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
